http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/03/06/celcom-and-prada-the-perfect-match/
Rabu, Jun 15, 2011
cinta si budak kampung EPISOD 8
Pagi yang dingin...budin bangun awal pagi ni dengan semangat baru..dengan cita2 yang baru..Mak munah pun terkejut tengok budin.hari ni tak payah nak jerit kejutkan dia.."hai mimpi apa pagi2 dah bangun ni"tanya mak munah.".Tak de apa2 mak..saja je..dah puas tido,bangunlah.."jawap budin sambil berjalan menuju ke bilik air..kedingin pagi itu benar2 memberikan kesegaran pada budin..sejuknya sampai ke tulang sum2..selesai mandi budin terus kebiliknya untuk sembahyang subuh..lama dah dia dah tak sembahyang subuh..rasa berdosa dalam hatinya..Mak munah hanya memerhatikan saja kerenah anak nya.."ya allah yang tuhan ku..kau berikanlah kekuatan pada ku..untuk meneruskan niat ku dan kawan2 ku...cekal kan lah hati kami..menghadapi segala dugaan .amin ,,,"din,din tak siap lagi ke berdandannya."panggil mak munah...selesai bersiap budin pun keluar dr biliknya menuju ke dapur.."amboi hemsemnya anak mak pagi ni"tegur mak munah..budin hanya tersenyum mendengar pujian mak nya itu.."hensem pun kalu bodo wat pe mak"balas budin sambil tersenyum.."bodo tu kamu yang buat sendiri..kalau kamu belajar sungguh2 takdelah mcm tu;"balas mak munah..sekali lagi budin hanya tersenyum mendengar kata2 mak nya itu..kini suasana kembali senyap..budin hanya menumpukn pada mee goreng yang dibuat oleh maknya itu...selesai makan budin terus ke luar rumah..dan diikuti dengan mak munah..macam biasa,mak munah akan menghantar budin sehingga ke pintu,selepas budin pergi barulah dia akan pergi ke kebun getahnya..kali ni nampaknya budin yang akan menunggu kawan2 nya..sebab waktu masih awal..
sampai di tempat biasa,budin memberhentikan basikalnya..sambil menunggu kawan2nya.."pasti terkejut budak2 ni tengok aku yang sampai awal hari ni"bisik hati budin..sememangnya selama ini budin tak pernah sampai awal.hari2 kawan2nya kena tunggu dia ,,tapi kali ini,budin pulak terpaksa menunggu dia orang..sedang budin menunggu kawan2 nya kelihatan dari jauh 2 murid perempuan sedang berbasikal menghampirinya tempat dia sedang menunggu..semakin dekat semakin berdebar je rasa hati budin..dan kelihatan mia dan lia sedang menghampirinya.."hai budin,enko tido kat sini ke malam tadi,tak pernah2 enko awal mcm ni.ke enko mengigau."tegur lia sambil ketawa..mia hanya tersenyum memandang budin..budin tak menghiraukan sindiran lia itu..dia hanya tertumpu pada senyuman mia.."cantik sungguh senyuman mu.tak sia2 datang awal,senyuman mu benar2 seperti matahari,,bercahaya.."kata budin didalam hatinya sambil menbalas senyuman mia...selepas kelibat mia dan lia tidak kelihatan lagi,,budin mula rasa malu sendiri..tersenyum seorang diri....."oooo lia enko perli aku ye..takpe2..yang dulu pun aku belum balas lagi..hari ni enko buat lagi ye..siap enko aku akan balas secara double nanti.."rungut budin sendirian..sewaktu budin sedang mengelamun tak disedari kawan2 nya dah sampai..."hoi..ngigau apa sampai awal sangat ni bro".sergah syed..Budin terperanjat bila disergah macam tu..."tak pernah selama aku kenal enko ni enko sampai seawal ni."sambung syed.mereka berempat ketawa melihat perubahan muka budin bila disergah.."semangat beb..semangat baru ni.."jawap budin dengan muka yang masih terperanjat.."dah jom..karang lewat pulak,nanti kena denda lagi"kata rosman..mereka berlima meneruskan perjalanan mereka ke sekolah..sampai di kelas mereka mengambil tempat duduk masing2..kelihatan mia sudah pun berada ditempatnya,sambil memerhatikan budin dari jauh..budin memandang mia..lantas mata bertemu mata.budin terkedu sementara.melihat kejelitaan mia.."kecantikannya tak pernah berubah..sejak dari hari pertama melihatnya"kata budin didalam hatinya..sambil terus memandang mia..mia yang terperasan budin sedang memerhatikanya terus memalingkan mukanya dan tunduk kebawah..Budin terus memandang kearah kawan2nya...tidak lagi memandang ke arah mia.."ok geng.aku ada sikit nak cakap ni."kata budin sambil berbisik sambil mengeluarkan sekeping kertas..kawan2nya hanya memandang dan bersedia untuk mendengar apa yang akan budin katakan.."mcm ni,untuk kita memberikan seluruh perhatian pada semua mata pelajaran agaknya memang payahkn?"tanya budin..kawan2nya hanya mengangguk mengiakan kata2 budin.."so aku dah membahagikan mata pelajaran yang akan di berikan oleh kita semua..setiap seorang ambil 2 mata pelajaran..bila waktu mata pelajaran itu..dia mesti menumpukan sepenuhnya apa yang cikgu ajar..dan cuba memahaminya sebaik mungkin..sabtu dan ahad nanti kita akan berjumpa kat danau..dan setiap seorang akan mengajar apa yang cikgu telah ajarkan."sambung budin..kawan2nya hanya memandang satu sama lain.."maknanya kita kena jadi cikgulah ye?"tanya razif...Budin mengangguk mengiyakan pertanyaan budin..."kalau macam tu,ok setuju.."jawap rosman..dan diikuti kata2 setuju dari yang lain..."baiklah..kalau semua dah setuju tengok jadual ni..dan kalau ada apa2 yang enko orang tak puas hati..bagitahu"...jelas budin..BUDIN..MATEMATIK dan GEOGRAFI....SYED..ENGLISH dan SEJARAH...ROSMAN..SAINS dan EKONOMI..RAZIF..AGAMA dan PERDAGANGAN...ROSLAN...BAHASA MELAYU dan SASTERA...mereka berempat mengangguk2 tanda setuju dengan jadual yang dibuat oleh budin..."ok.aku puas hati,"kata syed."aku pun lama jgk mengidam nak jadi cikgu ni..nak2 pulak mengajar budak2 degil macam enko orang ni,siaplah kena rotan dengan aku nanti..mereka berlima ketawa mendengar kata2 dari syed..."ok,kalau semua dah setuju cuba periksa jadual masing2...ok''kita mulakan misi kita bermula hari ni."kata budin.....
jam sudah menunjukn pukul 10 pagi..waktu rehat untuk semua..budin dan kawan2nya pun beredar dari kelas untuk ke kantin..di kantin mereka mengambil makanan dan minuman ,lalu memilih tempat yang paling belakang sekali..tempat itu memang dah menjadi kebiasaan untuk mereka...mereka makan sambil berborak2..."syed..macam mana.mata pelajaran sejarah tadi..ok ke tak?tanya budin.."he he mestilah ok,enko orang jangan bimbang..semuanya under control"...jawap syed.."elok lah tu,,jangan enko pedooh kita orang nanti sudah le."kata rosman..sambil ketawa...budin hanya tersenyum mendengar kata2 kawan2nya..sebab dia sedang menumpukan perhatiannya pada seekor ulat gonggot...."hoi budin..yang enko pegi tenung ulat gonggot tu wat pe.? dah jatuh cinta ke kat ulat tu? tanya razif yang terperasan keadaan budin ketika itu....mereka berempat memandang ke arah budin dengan tanda tanya...budin masih lagi memandang ulat gonggot iyu tanpa mempedulikan pertanyaan sahabat nya itu..."enko orang dah habis makan ke?tanya budin..kawan2nya hanya menganguk2 je,dengan perasaan yang agak pelik..mereka melihat budin mengambil ulat gonggot itu,lalu digenggamnya.."dah jom,kita jalan,aku nak wat gempak hari ni?kata budin."enko orang nak tengok orang menari sambil makan tak"tambah budin...mereka berlima pun berjalan dibirai kantin,budin sibuk mencari disekeliling,seperti sedang mencari seseorang.."ok sasaran dah jumpa..jom."kata budin mengajak kawan2 nya kesasaran yang telah dipilih..dari jauh kelihatan mia dan lia sedang leka makan makanan yang dibawa..mereka asyik berborak tanpa menyedari kehadiran budin dan rakan2nya...Bila sampai di belakang tempat duduk lia..tiba2 budin duduk mencangkung sambil buat2 membela tali kasutnya...bila dia m,melihat lia tidak perasan akan kehadiranya dia pun mencampakkan ulat gonggot yang digenggam tadi kearah lia..ulat itu jatuh betul2 di tepi meja lia...lalu budin pun meneruskan perjalannya dengan cepat supaya tidak dilihat oleh lia......"ok enko orang dengar ye...1,2,3....tiba2 terdengar suara budak perempuan menjerit dengan kuat dikantin....ulattttttt..ulatttttttt..itulah suara yang didengar...Budin dan kawan2nya ketawa sambil berjalan.."padan muka enko lia"kata budin sambil ketawa memegang perutnya.....mereka ketawa berterusan menuju ke kelas,,,"kejap2,,nanti dulu."tiba2 budin berhentikan jalannya...tiba2 budin mengambil plastik yang ada di lantai ..lantas budin menuju ke sepohon pokok bunga..lantas melihat didalam pasu tersebut.."haa ada pun enko ye..ingatkan dah lari.."kata budin..kawan2 budin hanya tersenyum melihat kerenah budin yang asyik menangkap katak yang berada didalam pasu tersebut..mereka sudah dapat membaca apa yang budin mahu lakukan..."hai budin,double nampak"..kata razif ketawa sambil melihat gelagat kawanya itu.."mestilah..nak balas mesti sampai puas hati'kata budin sambil ketawa dan memegang katak yang telah berjaya ditangkapnya..lalu berjalan menuju ke kelas..mereka pun berjalan menuju ke kelas bersebelahan kelasnya..kelas 4B.."ok enko 3 orang tunggu disini,,jaga line..rosman.ikut aku."arah budin..lalu rosman mengikut budin masuk ke kelas tersebut,,sambil mengintai2 memerhatikan sekeliling supaya tidak ada orang yang nampak aktiviti jahat mereka..lantas budin menuju ke meja yang terletak ditepi tingkap...lalu dia pun duduk dimeja tersebut.."kalau aku dah cakap aku bayar double..aku tetap bayar double..siap enko ila.."kata budin sambil meletak katak tersebut diatas beg lia yang berada didalam meja tersebut..."dok diam2 ye sayang..sampai tuan baru enko sampai"kata budin pada katak itu...lantas budin pun bangun dan meninggalkan kelas tersebut.lantas masuk ke kelasnya diikuti kawan2nya.."gila enko budin..mahu gegar sekolah ni karang dengan jeritan lia..."kata rosman...budin hanya tersenyum tanda puas hati dapat membalas dan menunaikan janji nya untuk membalas double pada lia..Loceng telah berbunyi tanda tamat waktu rehat..kelihatan murid2 berpusu2 masuk ke kelas..untuk meneruskan pelajaran seterusnya..juga kelihatan lia dan mia berjalan seiringan.mia masuk ke kelas dan lia terus menuju ke kelasnya..."jap lagi akan gegarlah bangunan sekolah ini dengan jeritan..silap2 boleh gempa bumi dibuatnya.."kata budin dan diikuti oleh ketawa mereka berlima...ketika asyik mereka ketawa kelihatan cikgu raimah..guru kelas 4B melintasi kelas budin..."ok2..jaga2..pegang meja masing2..kejap lagi gempa bumi akan melanda"jerit razif..mereka yang berada dikelas itu memandang antara satu sama lain..kerana tidak faham apa yang dikatakan oleh razif....dan dengan itu terdengarlah jerita yang maha kuatnya dari bilik sebelah..."AAARRRRHHHH katakkkkkkkkkkkkkkkkkkk...."terdengar suara lia menjerit dengan kuatnya..lantas terdengan bunyi meja dan kerusi seperti jatuh kelantai...tak semena2 kelihatan beberapa orang murid perempuan berlari keluar kelas..termasuk cikgu raimah yang terkejut dengan jeritan lia..kelihatan muka lia pucat lesi.....apa yang dilihat itu telah membuatkan budin dan kawan2nya tidak dapat menahan ketawa..ketawa mereka berlima berderai....mereka tidak lagi dapat menahan ketawa..budin ketawa sampai terduduk di lantai..tanda dia amat berpuas hati dengan rancangannya telah berjaya...mia yang dari tadi memandang ke arah mereka berlima hanya mampu mengeleng2kan kepalanya kerana tidak memahai keadaan yang berlaku saat ini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
best.. hee.. :D
BalasPadamokeh !! i'm waiting ..
BalasPadambila nak sambung lagik ???