http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/03/06/celcom-and-prada-the-perfect-match/
Sabtu, Jun 11, 2011
cinta si budak kampung episod 7
Hari dah semakin menjejak petang..mentari pun sudah mula membenamkan dirinya...kelihatan mereka berlima masih lagi didanau itu..sedang menghirup kesegaran udara petang..kedamaian danau itu amat bermakna bagi mereka berlima..dan setiap kali mereka berada didanau itu..perasaan tak nak balik sentiasa bermain didalam fikiran mereka.bagi mereka kedamaian didanau itu amat mengasyikn..udaranya yang nyaman.dengan kicauan burung.dan boleh melihat matahari terbenam.."enkau orang tahu tak.kenapa aku sayang nak tinggalkan kampung ni."tanya budin kepada kawan2nya.."apa dia" tanya syed.."cuba enko orang rasa ni..angin.cuba enko hirup ni..udara..cuba dengar ni..kicauan burung2 dan unggas2..cuba lihat sana..matahari nak terbenam..semuanya cukup sempurna.tiada 1 pun yang kurang..lama dah kita duduk sini..tiap2 petang kita disini.tapi hari ni benar2 memberikan kedamian yang teramat2..kedamaian itu sampai menyentuh kedalam hati..aku tak pernah rasa sedamai ini.."kata budin.."yelah ,aku pun tk pernah rasa setenang ini.ketenangaan ini membuatkan rasa mcm aku nak tido kat sini je.."kata rosman ..."ha elok benorlah tu..enko takyah balik..tido sini..tido ngan nyamuk..silap2 boleh peluk hantu malam karang."balas razif sambil ketawa..diikuti dengan mereka semua ketawa...mata masing2 memandang dan melihat keindahan matahari yang sedang terbenam...sedang mereka asyik melihat keindahan mentari petang itu ,tiba2 budin bangun dari pondok rehat itu..lantas berjalan ke hadapan mereka dan berdiri di atas busut di tepi danau itu,,,wahai kawan2 ku..enkau orang cuba dengar ini....
MATAHARI..HADIRMU MEMBERIKAN 1 SINAR.
MENERANGI RUANG KEGELAPAN INI DENGAN CAHAYA MU..
KAU MENERANG ALAM INI DENGAN WARNA MU.
SUASANA GELAP MENJADI TERANG KERANA MU.
MATAHARI..KERANA CAHAYA MU ITU..
BANYAK BENDA YANG MANUSIA MAMPU LAKUKAN.
YANG SELAMA INI GELAP MULA KELIHATAN.
KAU MATAHARI KU..AKU INGIN JADI SEPERTIMU.
MENERANGI HIDUP INSAN LAIN .
INGIN AKU MENGEMBIRAKAN HATI INSAN LAIN.
SEPERTI MANA DIKAU MATAHARIKU
MENERANGI PELUSUK BUMI INI..
sekian terima kasih...lantas budin pun turun dari busut itu."enko ni budin.sempat lagi layan jiwa.orang tengah menghayati indahnya ciptaan tuhan ni..enko sibuk dengan sajak enko"kata roslan sambil memandang budin,,budin hanya ketawa mendengar rungutan kawannya itu.."lan lan..sesekali kita layan jiwa apa salahnya...tapi best jugak duduk kat atas busut tu sambil layan jiwa..rasa macam atas pentas perhimpunan sekolah..masa kita kena denda dulu".jawap budin sambil ketawa..dan ketawa itu disambut keempat2 sahabatnya.."ya ke budin..ada rasa mcm waktu cikgu musa rotan enko tak masa tu"tanya razif sambil ketawa."ada rasa.rasa mcm waktu enko menjerit kena pukul."jawap budin sambil ketawa besar.."yelah yelah..enko orang kianat aku masa tu..enko orang tak cakap pun yang enko orang lapik buku kat punggung."balas razif sambil ketawa.."adeh cikgu..sakit cikgu"kata budin dengan nada ketawa.."oooo enko orang suka kan aku ye..tkpe2'jawap razif juga dengan nada ketawa.."tulah pasal..aku dah cakap jangan2..tp enko degil..nak jgk isi gam kat kerusi budak nora tu..kalau gam yang 20sen tu tak pelah jgk..ni tak;gam cap gajah enko isi..mahunya tak melekat kain budak tu.tak pasal2 je kain dia kena gunting..kata budin dengan diikuti ketawa dari mereka..."Weh..itupun lan yang suruh,tak pasal2 je lima2 kena rotan..mereka ketawa bila mengenangkan kenakan mereka.."Budin;ni aku nak tanya".roslan tiba2 bersuara..suasana tiba2 senyap..mereka berempat memandang satu sama lain.."mcm serius je ni lan,apa dia"jawap budin...suasana hening tiba2..mereka sedang menanti apa yang roslan ingin tanyakan..."macam ni budin.,kalau kita dah berubah nanti,adakah kita akan meninggalkan segala aktiviti2 kita.."tanya roslan...Budin menghela nafas yang panjang,sambil memandang ke danau .."enko orang rasa macam mana..perlu kah kita meneruskan aktivi kita"tanya budin semula pada kawan2nya..kawan2nya hanya termanggu memikirkan saranan roslan tadi..."baiklah..aku tak kisah.nak teruskan aktiviti pon boleh.tak nak teruskan pun boleh,"saran budin..."tapi takknlah kita nak belajar je kot.takut nanti kita jadi boring pulak."kata syed.."betul jgk tu budin"sampuk rosman..nampaknya budin sedang memikirkan sesuatu,dia pun sayang nak tinggalkan aktiviti mereka bersama selama ini..jalan2 setiap ptg,masuk hutan,memikat burung.,mandi sungai. tu baru aktiviti baik,belum termasuk aktiviti jahat lagi.seperti mencuri di kebun orang kampung..menyakat budak2 balik mengaji.mengintai orang mandi..rugi jgk jika ditinggalkan semua ini..disebab kan aktiviti2 inilah mereka digelar budak2 nakal kampung.cuma mereka tak terjebak dalam aktiviti merokok dan hisap dadah je."emmm baiklah.aku rasa kita akan meneruskan aktiviti kita sebelum ini,tapi kita kena bahagikan masa,hari,jangan sampai niat kita untuk merubah dalam pelajaran terbantut..mcm mana setuju"kata budin..."setuuuujuuuuu"keempat2 sahabat budin menyambut saranan budin tu..lagi pun mereka telah merancang supaya perubahan mereka tidak disedari oleh sesiapa pun.jika mereka memberhentikan segala aktiviti takut ianya akan disedari oleh keluarga dan orang sekeliling..."oklah kawan2,hari pun dah nak malam,matahari pun dah nak habis terbenam,jadi kita boleh tamatkan masyuarat kita petang ini..dan masing2 boleh balik kerumah"kata budin sambil tersenyum.."mereka berlima ketawa serentak..."wah budin,enko dah macam ketua jkk kampung dah.macam masyuarat kat balai raya.."syed megenakan budin..lagi sekali mereka ketawa bersama...begitulah lima sahabat ini..ketawa tidak boleh dipisahkan dengan mereka..lalu mereka pun mengambil basikal masing2 dan terus mengayuh pulang...
Malam...dirumah tok penghulu.kelihatan tok penghulu dan keluarganya sedang menjamu selera..."mia,mcm mana dengan hari pertama kat sekolah,ok ke tak?tanya tok penghulu.."ok je pakcik"jawap mia.."kat kampung ni lain sikit mia,tak mcm KL tu,sekolah semua kemudahan lengkap..kat sini serba serbi kurang"jelas tuk penghulu.."tak pelah pakcik.mia akan cuba menyesuaikan diri dengan secepat mungkin."balas mia..baguslah kalau macam tu.risau jgk pakcik kalau mia tak dapat menyesuaikan diri kat sini.letih jgklah pakcik nak jawap dengan ayah kamu tu nanti,kamu bukan tak tahu ayah kamu tu,kalau dah mula buka mulut..punyalah payah nak berhenti.macam bertih jagung."kata tok penghulu tentang perangai adik nya itu..mia hanya tersenyum mendengar penjelasan dari pakciknya..dia dah masak dengan perangai ayahnya itu..telinga mia hari2 dah kena membebel.sampai tak larat dah mia mendengarnya..kalah maknya membebel..selesai makan mia dan lia terus kebilik..dalam bilik mereka menyambung bercerita.."mia.mcm mana ok ke kat sekolah,"tanya lia,"aku ok je..macam biasa je aku tengok,taklah jauh mana bezanya antara sekolah kampung dengan bandar"kata mia...."yelah tu,eh tapi kenapa enko masuk kelas 4C..sedangkan keputusan PMR enko kan ok."tanya lia..."aku saja je mintak..bosanlah duduk kelas budak2 pandai ni..semuanya ulat buku..skima je.."jawap mia."enko hati2 masuk kat kelas tu mia,5 orang jebon tu ada dalam kelas tu"kata lia lagi...jebon???sape tu lia"tanya mia..."tu lah,5 sekawan tulah,budin.roslan.syed.rosman dan razif,dia orang berlima ni bukan je jebon kat kampung ni..kat sekolah pun dia orang jebon jugak"jawap lia...mia ketawa kecil"tak baik enko lia..tapi macam budia tu walaupun enko kata dia tu jebon,tapi jebon hensem"balas mia sambil ketawa.."memanglah hensem,tapi kalu dah perangai jebon tu,hilanglah hensemnya."balas lia..mereka berdua pun ketawa..."tadi dia orang kena panggil dengan cikgu razak,panjang jgk aku tengok cikgu razak membebel kat dia orang..kata mia...."elehhhh,aku tahu pasal apa,ni mesti pasal kad kemajuan dia orang semuanya merahkan?tanya lia.."aah..mana enko tahu?tanya mia balik...:aloooooo,aku dah kenal dia orang tu dari kecik..aku dah tahu dah perangai masing2"jelas lia...mia dan lia diam membisu sambil membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu masing2..meraka berdua sebaya umurnya..cuma mia tua bulan saja dari lia...
Sementara dirumah budin kelihatan budin sedang mundar mandir..kehulu kehilir,macam ada sesuatu yang difikirkan..tak senang duduk budin dibuatnya,berdiri salah,duduk,salah,baring salah,selagi dia tak selesaikannya selagi itulah tak senang dibuatnya...Mak munah hanya memerhatikan gelagat anaknya itu..dia tahu ada sesuatu yang hendak dikatakan oleh budin..tapi dia hanya mendiakan diri..menunggu sehingga budin bersuara..mak munah kenal benar,memang perangai budin macam tu jika ada sesuatu yang hendak diceritakan padanya,,,,Kelihatan budin terus mundar mandir..lantas dia pun terus masuk ke bilik..dalam bilik budin duduk di bucu katilnya..memikirkan sesuatu.,,"aduh macam mana nk bagi kat mak kad kemajuan ni..semuanya merah ni...mesti dia kecewa nanti..kalau aku tanda tangan sendiri karang kalau mak tahu lagi susah..kecik hati pulak nanti"kata budin dalam hatinya..sambil termenung dia masih memikirkan apa keputusan yang harus dia buat..semenjak dua menjak ni budin selalu berfikir untuk membuat keputusan,,jika dulu dia main redah je..apa yang terlintas di fikiranannya terus je dia buat...tapi sekarang tak lagi..budin lebih suka berfikir dulu sebelum buat..."aku kena bagi jgk kat mak ni..tak kiralah apa yang mak akan kata,aku mesti jujur,aku takkn menipu mak dengan meniru tanda tangan mak."keputusan telah pun budin ambik..lantas dia pun bangun dan mengambil kad kemajuan didalam beg ..lantas terus keluar keruang tamu..lantas terus duduk disebalah maknya yang sedang asyik menonton drama melayu..."mak.kalu budin tunjukkn sesuatu mak marah tak"tanya budin..."ooo sebab tulah enko menda mandir je tadi..ada sesuatu nak tunjukkn pada mak ye..apa dia?gambar kekasih enko ke?jawap mak munah sambil berjenaka..."ishhh mak ni.kesitu plak,orang mcm budin ni mana lah ada orang nak.,,degil.."jawap budin.."ha tahu pun..dah tu tak reti2."balas mak muunah sambil tersenyum..."habis tu apa nya yang enko nak tunjukkn kat mak ni budin?tanya mak munah.."ni"kata budin sambil menghulurkan kad kemajuannya.."la kad kemajuan je..mak ingat borang nak kawin tadi"kata mak munah sambil ketawa..lantas memgambil kad kemajuan yang dihulurkan oleh budin dan membukanya ..mak munah tak terkejut bila melihat kad kemajuan budin yang dipenuhi pen merah..kerana mak munah dah lali melihat semua itu..mak munah tersenyum kecil.."cikgu enko ni memang takde pen biru ke budin..dari dulu mak tengok asyik pen merah je..ke pen biru dia dah habis dakwat..jadi terpaksa pakai pen merah.."tanya mak munah sambil tersenyum sinis.."ishh mak ni,dah tu je yeng budin mampu mak,mak marah ke":tanya budin,,"mak munah tak menjawap pertanyaan budin itu..dia hanya tersenyum kecil.,"dah mana pennya..mak nak tanda tangan ni"mintak mak munah...budin dengan rasa bersalahnya menghulurkan pen pada maknya..dan melihat maknya menanda tangan kad kemajuannya tanpa berkata apa2.."emmm mak tegok ada jgk kemajuan kamu ni budin..kalau peperiksaan lepas matematik kamu ni dapat 20 markah..tapi kali ni kamu dapat 30 markah..macam tu jgk dengan bahasa english ni..kalu dulu 15 markah.sekarang 29 markah...kamu boleh budin,bukan tak boleh,,cuma kamu tu tak nk usaha,cuba kamu usaha sikit..kata mak munah memberi semangat kepada budin.."yelah mak budin cuba.tapi mak jangan pulak marah,kalau selamanya mak akan melihat pen merah je"jawap budin sambil menyambut kad kemajuan yang dihulurkan oleh maknya,lantas terus bangun menuju kebilik..budin tahu disudut hati maknya itu ada kekecewaan..walaupun tak terpancar diraut wajah nya..tapi budin dapat rasakannya.."mak ,,maafkan budin mak,bukan niat budin nak melukakan hati mak..budin akan cuba untuk membuatkan mak berbangga suatu hari nanti..budin berjanji tak selamanya budin akan mengecewakan mak..isyallah mak.."kata budin dengan suara yang perlahan...dan tanpa disedari air jernih mula berlinang di matanya..dan buat pertama kali budin menitiskan air mata..kerana telah mengecewakan hati maknya.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menarik.. waiting for the continue.. :D
BalasPadam