http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/03/06/celcom-and-prada-the-perfect-match/

Sabtu, Februari 11, 2012

cinta si budak kampung episod 14

  pagi yang sungguh mendamaikan..budin baru sahaja selesai mandi..hari ini dia bangun dengan senyuman.kerana acara balas dendam malam semalam telah selesai dengan jayanya..budin rasa amat2 gembira pagi ini...selesai solat subuh budin menyiapkan diri untuk ke sekolah..sambil menyikat2 rambutnya budin menyanyi kecil dan tersenyum..bagi budin hari ini adalah hari yang paling sempurna dalam hidupnya....setelah selesai menyiapkan dirinya budin turun kedapur..kelihatan maknya sedang menyiapkan sarapan pagi.".asallamualaikum mak."budin mengucapkan salam pada maknya sambil mencium pipi emaknya..waalaikumusalam.ish kamu ni budin...mcm budak2 je.."balas emaknya sambil tersenyum..."ala mak..bukan selalu din cium mak..lagi pun din tengok mak cantik sangat pagi ni..nampak berseri2."kata budin mengusik maknya.."pandai lah kamu tu bodek mak ekk..ni mak dengar dari tadi kamu asyik menyanyi je..apa yang mengembirakan sangat tu"tanya maknya.."takde apa lah mak..pagi ni rasa happy semacam je."jawap budin.".ye lah tu..suka2 jugak..exam dah tak lama dah..mak naik risau tengok kamu ni..asyik kehulu kehilir je ngan kawan2 kamu tu..tak baca buku pun.."kata maknya...
"insyallah mak..yang tu jangan lah mak risau,,din tahu apa yang din buat,"jawap budin.."mak bukannya apa din..mak akan rasa bersalah pada arwah ayah din kalau din gagal dalam exam nanti..sebab mak dah berjanji  pada arwah ayah din untuk mendidik din sampai berjaya."kata emaknya sambil menghulurkan secawan teh pada budin.."mak..kan din dah kata insyallah..din akan buat yang terbaik untuk mak dan arwah abah."kata budin sambil menyuap nasi goreng yang disediakan oleh emaknya..nasi goreng emaknya adalah kesukaan budin dari dulu..bagi budin takde nasi goreng yang paling sedap selain dari nasi goreng yang dimasak oleh emaknya..dan budin sanggup memakan nasi goreng setiap pagi dan tak pernah rasa jemu.."ye tu mak tahu..tapi."kata2 maknya terhenti setakat itu..budin terus menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya  dan membiarkan kata2 emaknya tergantung disitu..."ok lah mak..din pergi dulu..nanti lambat lak..pasal exam tu mak jangan risau sangat ekk..kalau hari ni budin banyak membuatkan hati mak risau..insyallah 1 hari nanti mak akan tersenyum dan berbangga kerana din...kata budin sambil mencium dahi emaknya..emaknya hanya tersenyum mendengar kata2 budin...
    Di tepi jalan kelihatan 5-6 penduduk kampung sedang berkumpul sambil memandang keatas..di situ jugak budin melihat kawan2..disitu jugak budin dapat melihat pak abu dan pak hasan sedang duduk sambil memandang keatas dengan pandangan yang kehairanan..budin berhendi disisi kawan2nya ..."apa cerita ni..pagi dah berkumpul..ada perarakan ke pak hasan"tanya budin bagaikan orang yang tak tahu apa2.."perarakan apa kebendanya..cuba enko tengok kat atas tu..siapa lah punya keje ni,,kalau aku dapat aku kerat2 badannya "marah pak hasan..budin memandang keatas pokok besar tu,,kelihatan 2 buah motosikal terikat antara satu sama lain diatas dahan.."ish2 ni sapa lah punya keje ekk..kut ye pun nak gantung.gantung lah kat pucuk..barulah tinggi sikit."kata budin sambil menyindir pak hasan dan pak abu.."ish kome ni..orang tengah pening kepala ni.kamu boleh melawak lak..entah2 ni keje kome dok?kamu berlima ni bukannya boleh percaya sangat.."kata pak abu agak marah dengan sindiran budin tu..."laaa pak abu ni..mana lah kami ni daya nak ngangkat moto2 ni keatas..lagi pun ni bukan nya keje kami..kerja kami kan merayau2 keliling kampung je"kata rosman sambil tersenyum..kelihatan makin ramai penduduk kampung mula berhenti dan berkumpul disitu..masing2 tertanya2  diatara satu sama lain,,mcm mana lah moto pak abu dan pak hasan boleh berada diatas pokok tersebut.."dah..jom lah kita pergi..kang lambat lak kita kesekolah"kata rosman sambil mengayuh basikalnya.."pak abu...entah2 pak abu dan pak hasan tak bayar zakat kot tahun ni..sebab tu moto ni naik atas pokok.."kata syed sambil mengayuh basikalnya mengiringi kawan2nya.."ish budak2 ni..melampau betulah"marah pak abu,,yang memang terkenal dengan sifat kedekutnya,,,1 kampung semua tahu akan perangai pak abu...
    Dalam perjalan mereka semua ketawa kepuasan.."memang betul alh kata enko budin'..gempak gila projek mega ni"katarazif sambil ketawa..."aku sebenarnya tak tahan tengok muka pak hasan dan pak abu tu..muka kedua2nya mcm nampak kapal UFO.."kata razif....mereka semua ketawa sambil menuju ke pagar sekolah..hari inimereka berlima betul2 rasa puas hati bila dapat membalas segala penghinaan kepada mereka tempoh hari..


     Didalam kelas kelihatan murid semua sedang menumpukan pada pelajaran..di satu sudut kelihatan sepasang mata sekali sekala menyeling kearah budin...sepasang mata yang sungguh ayu..redup..tapi penuh dengan tanda tanya..mia selihat sekali sekala menjeling pada budin yang sedang asyik mendengar cikgu sejarah mengajar...di hati mia ada berbagai persoalan..apa yang mia perasan budin dan kawan2nya tidak lagi menimbulkan masaalah.didalam kelas sekarang..setiap mata pelajaran pasti mereka berlima memberikan perhatian..ada timbul persoalan dihati mia..budin perasan yang mia ada menjeling kearahnya..tetapi budin tcuba untuk tidak memperdulikannya,,walaupun ada rasa rindu dihatinya untuk menatap mata itu..tapi bagi budin sekarang..cukup lah sekadar dia dapat melihat wajah mia yang cantik itu dari jauh,,kerana untuk memiliki hati mia budin rasa kan belum sampai masanya..kerana ada sesuatu yang hendak dibuktikan dulu...
   "baiklah kelas..rasanya cukup setakat ni untuk hari ni..kita akan sambung pada esok ..tapi sebelum tu saya nak tanya kamu sikit..kamu ada perasan sesuatu tak ..sesuatu yang terjadi dalam kelas ni sekarang.."tanya cikgu sejarah mereka..semua murid tertanya2.."apa dia cikgu..kami tengok sama je mcm dulu..takde pa2 pun yang berlaku"tanya mia kembali..."kamu semua perasan tak..kamu sekarang boleh menumpuka pelajaran kamu..saya tengok semua orang  memberikan tumpuan didalam kelas..dah takde lagi orang yang buat kacau dalam kelas ni..kenapa ye?kalau ada yang dah insaf bagus lah..kata cikgu sejarah sambil memandang ke arah budin dan kawan2nya dengan pandangan seperti menyindir..budin kelihatan tak berapa menyukai sindiran itu.."biar lah kami je yang bodoh cikgu..kami taknk orang lain terlibat sama..lagi pon cikgu dah pon cakap yang kami berlima ni akan gagal dalam spm nanti..jadi cukuplah kami berlima je..kami taknk melibatkan kawan2 yang lain..mereka mempunya cita2 masing2..kami taknk kerana kami yang selalu buat kacau dalam kelas ni sehinggakan yang lain gagal sama"jawap budin dengan perasaan tak puas hati.."elok lah kalau mcm tu..sekurang2nya kamu telah memberi ruang kepada kawan2 kamu untuk berjaya..kalu berlima bolehlah duduk dan menjaga kampung ni nanti"kata cikgu sejarah sambil tersenyum menyindir.."sekurang2nya kami ada jgak membuat baik  cikgu..walaupun buka untuk diri kami,sekurang2nya untuk orang lain."jawap syed yang dah mula tak puas hati..."baik lah kelas..kita jumpa esok,jangan lupa balik rumah buat ulangkaji..spm dah semakin hampir."cikgu sejarah mencapai buku lalu terus berjalan keluar kelas..serentak dengan itu loceng balik telah berbunyi..
     "budin..apa perasaan enko bila cikgu tadi memerli kita.."tanya rosman sambil mereka berlima bergerk menuju ke pagar sekolah.."biar kan lah,,itu hak dia,,dia berhak untuk memberikan pandangannya..hak kita lak untuk membuktikan pada dia yang tanggapan kepada kita itu salah"jawap budin cuba menenangkan hati kawan2nya yang memang tak puas hati dengan cikgu sejarah mereka..."so budin..takde edisi balas dendam lagi ke,,aku memang tak puas hati ni/"kata razif.."dah2 lah tu..kan kita dah janji yang projek mega semalam adalah yang terakhir..sekarang ni kita ikut je perancangan kita.kalau semuanya berjalan lancar kita akan membalas dengan bapak mega sekali..bukan kat budak2 sekolah je,,tetapi semua cikgu2 yang selama ni langsung tak pernah memberi harapan pada kita..kepada pengetua yang selalu menyalahkan kita bila ada sesuatu yang berlaku..dan kepada orang2 kampung yang selalu mengata kita...kita akan bayar sekali gus.tapi kita mesti lulus dengan cemerlang untuk spm nanti..itu je"jawap budin panjang lebar,,"andai kata lah kita lulus dengan cemerlang nanti.agaknya apa yang akan berlaku ekk'tanya roslan..."lan..allah tu maha adil.orang selama ini memandang kita ni jahat..tapi kita tak jahat..kita hanya nakal je..kalau kita cuba berusaha pasti allah akan memberi rahmatnya..masa tu nanti orang2 yang selalu mengata kita akan diam ..kalau selama ini mereka hanya mengelengkan kepala bila melihat kita..tapi suatu hari nanti mereka akan mengangguk2 kan kepala bila melihat kita.."kata budin...."enko yakin kita akan berjaya ke budin?tanya rosman.."ishh enko orang ni..kan aku dah kata..allah tu maha adil..yakin dengan allah..dan yakin dengan apa yang kita buat dah le..dah2..jom balik..bukan best pon duduk kat sekolah ni lama2."kata budin sambil mengayuh basikalnya diikuti sahabatnya.."kita dah cuba memcuba sesuatu dengan ikhlas..isyallah alah akan membalasnya dengan kebaikan,."kata budin dalam hatinya,,

1 ulasan:

  1. mana sambungannya? best. teruskan berkarya.

    BalasPadam