http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/03/06/celcom-and-prada-the-perfect-match/

Khamis, Jun 02, 2011

cinta si budak kampung EPISOD 6


 Apa yang terjadi hari in betul2 membuatkan hati budin tersentuh,,budin jgk merasa malu dengan apa yang terjadi.sebelum ni dia tak pernah rasa mcm ni.mcm mana dia nak memberikan kad kemajuan ini pada ibunya..apa dia nak jawap bila ibunya tanya nanti..tentu segala harapan dan impian mak dan arwah ayahnya akan berkecai bila tahu result peperiksaan dia..memang teruk..itu budin memang akuinya.dan dia sendiri sudah dapat mengagak akan keputusannya..tapi entah mengapa kali ini dia merasa benar2 bersalah..dan takut untuk memberikan kad kemajuaannya kepada ibunya.Setelah dia memdapat tahu tentang harapan dan impian ibunya dia benar2 rasa serba salah..Rasa bersalah itu benar2 menghantui dirinya..dari sejak mula2 mendapat kad kemajuan yang diserahkan oleh cikgu razak sampailah berakhirnya waktu belajar,budin banyak mendiamkan diri dan banyak berfikir..suatu benda yang amat jarang dibuat oleh budin ialah berfikir..Dia merasa benar2 teruk..dengan keputusan yang dia dapat..walaupun sebelum ini dia tak pernah mempedulikan apa saja keputusan peperiksaan yang dia dapat.selama ini dia buat tak tahu aje dengan semua itu..bagi budin apa pun keputusanya lansung tak memberi sebarang erti.kerana dia sudah tak berminat untuk meneruskan pelajaran..Bagi budin di hanya hendak menghabiskan masa2 disekolah sahaja hingga berakhirnya S.P.M.selepas itu dia akan merdeka..itulah yang bermain di fikiran budin selama ini..cukup setakat tingkatan 5..perkara ke 2 yang membuatkan dirinya rasa malu kerana apa yang dikatakan oleh cikgu razak sewaktu mereka berlima dipanggil ke hadapan kelas untuk mengambil kad kemajuan mereka..masih lagi terngiang2 ditelinganya kata2 cikgu razak."kamu semua jangan menjadikan mereka berlima ini sebagai contoh..lansung tak ada kemajuan..dari awal tahun sampai sekarang..langsung tiada apa yang saya nak banggakan pada mereka berlima ini...saya harap kamu semua dapat menjadikan ianya sebagai satu pedoman..dan untuk kamu berlima.saya tidak bermaksud untuk memalukan kamu...saya hanya hendak kamu berfikir..kerana tiada orang yang berjaya tanpa berfikir..kamu fikirlah sebab apa kamu berada disekolah.kenapa keluarga kamu menyekolahkan kamu..dan apa tanggungjawap kamu sebagai seorang anak dan pelajar." panjang lebar mereka di leteri oleh cikgu razak..."dan ingatlah..ada orang yang menantikan kejayaan kamu di luar sana"sambung cikgu razak..begitulah sifatnya cikgu razak..dalam dia bertegas dengan anak didiknya pasti ada saja kata2 nya yang ditinggalkan untuk difikirkan oleh mereka.   Dan memang benar apa yang dikatakan oleh cikgu razak.kerana kata2 nya tadi benar-benar telah membuatkan hati dan jiwa budin mula bergelora..cuba memberontak sesuatu.ada sesuatu yang cuba dilontarkan oleh hati dan jiwanya..dan rasa itu semakin membuak2.1 rasa yang selama ini telah di tanam sedalam2nya..dan selama ini dia tak mahu rasa itu keluar dan menganggu kegembiraan dia dan kawan2nya..
    Sampai sahaja budin kerumah dia melihat pintu rumahnya masih berkunci.."mungkin mak masih di kebun getah,kesian mak..kerana ingin melihat aku belajar mak sanggup bersusah payah..tapi aku?"keluh budin didalam hatinya..budin terus menyimpan basikalnya,dan mencari kunci rumah yang dibawanya..lantas membuka pintu rumah dan terus menuju kebiliknya..didalam bilik budin terus merebahkan badannya diatas tilamnya..sambil termanggu...Sementara itu kelihatan kelibat makcik munah yang sedang dalam perjalanan pulang kerumah..kelihatan raut wajahnya benar2 keletihan kerana menghabiskan separuh harinya di kebun getah arwah suaminya.
nasib baik arwah suaminya ada meninggalkan tanah yang ditanam getah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit kencing manis..arwah juga ada meninggalkan sebidang tanah kebun..dan di kebun itulah makcik munah menghabiskan waktu2 petangnya..sampai saja makcik munah di tanggan rumah lantas dia pun melabuhkan punggungnya ditangga..sambil melepaskan lelah buat sementara..sambil termenung fikiran makcik munah teringatkan kata2 arwah suaminya.."nah.andai abang dah tiada nanti..nah jagalah elok2 tanah pusaka tu..gunakan lah hasil dari tanah tu nanti untuk membesarkan anak kita budin tu..berikanlah dia kesempurnaan dalam hidupnya..limpahkanlah dirinya dengan kasih sayang..berikanlah dia pelajaran dunia dan akhirat..biarlah dia belajar setinggi mana yang dia mampu..jangan sekali menghalang apa kehendaknya."masih lagi terngiang2 di telinga mak cik munah pesanan arwah suaminya..dan kerana pesanan itulah mak munah cuba membeirikan yang terbaik untuk budin..bagi mak munah budin adalah segala2nya..dia rela melakukan apa saya asalkan ianya mampu membuat budin tersenyum dan ketawa.."emmm apalah nak jadi dengan anak aku sorang ni"keluh mak munah.."mana lak perginya budak ni..senyap je..basikal nya ada."rasah mak munah sambil melangkah masuk kedalam rumah..mak munah mencari2 kemana kelibat budin..biasanya selepas balik dari sekolah dan selepas makan budin akan melepak didepan tv...mak munah melilau2 mencari budin.."mungkin ada dalam bilik ni.sampai didepan pintu bilik budin,langkah mak munah terhenti bila terdengar suara bagaikan sedang bercakap kan sesuatu..'Mak.ayah.maafkan budin,selama ni budin lalai..budin tak tahu betapa besarnya harapan mak terhadap budin,,budin tak tahu yang ayah meninggalkan amanat kepada mak untuk budin..budin terleka selama ini..budin malas belajar..sedangkan mak dan ayah nak tengok budin menjadi orang yang berjaya..mak budin berjanji..lepas ni budin akan cuba untuk berubah,,budin akan cuba menunaikan impian dan harapan mak dan ayah,,budin berjanji,,,tanpa disedari titisan air mata seorang ibu mula menitis 1 per 1..hilang semua penat lelah yang dirasa oleh makcik munah..kata2 dari anaknya itu benar2 menyentuh hati seorang ibu.."alhamdulillah"mak harap kau akan faham apa yang mak buat selama ini adalah kerana mak sayang kan kau budin" kata makcik munah sambil melangkah kedapur..perlahan2 makcik munah menyusun langkahnya supaya budin tak menyedari yang dia dah balik dan mendengar kata2 budin tadi..dengan perlahan dia melangkah kedapur..sambil mengangkat tudung salji.".laaa tak makan lagi ke budak ni.."Budinnn ooo budin..tak makan lagi ke.."jerit mak munah...jeritan itu telah menjedarkan budin dari belenggu perasaannya." belom lagi mak..tunggu mak dulu"balas budin.."hai sejak bila enko makan tunggu mak ni budin..selalunya enko makan dulu."kata mak munah..."saja je hari ni nak tunggu mak..lama dah tak makn dengan mak."balas budin.."yelah yelah.kalu mcm tu tunggu mak mandi dulu..lepas mak solat zohor nanti kita makan."kata mak munah..budin hanya mendiakan diri.."mak mulai hari ni apa yang budin buat.budin akan mendahulu kan mak..budin janji mak."kata budin dalam hatinya sambil mengesat air matanya yang jatuh tanpa disedari..
    selesai je solat mak munah terus kedapur..kerana perutnya juga sudah mula menyanyikan sesuatu..sampai didapur kelihatan budin sedang menanti nya.." laa ngape tak makan lagi..kang masuk angin plok perut tu."kata mak munah mcm tiada apa2 yang berlaku hari ni.."kan orang dah kata..nak tunggu mak.nak makan dengan mak"balas budin.."macam2 lah enko ni budin..biasenya tak pernah pun tunggu mak"kata mak munah..budin diam sambil mengisikan nasi kedalam pinggan mak munah..mak munah hanya memandang saja apa yang dilakukan oleh budin..tersentuh rasanya hati mak munah,,"jemput makan mak"kata budin..mak limah menyuapkan nasi kedalam mulutnya dengan rasa yang amat gembira..tapi kegembiraannya itu tidak ditumjuk di hadapan budin..kerana dia nak tengok perubahan apakah yang akan dibuat oleh anak kesayangannya ini.sedar tak sedar hari ni mak munah bertambah 2 pinggan...
      Petang..di tepi sudut kampung.disebuah danau yang menenangkan..sebuah pondok usang kelihatan budin sedang  berehat disitu..budin bagaikan memikirkan sesuatu..sesuatu yang amat penting dalam dirinya..kerana jika dia melakukan perubahan ini.,,dia taknk orang lain perasan..budin bagaikan sedang merancang sesuatu..didalam fikirannya berbagai2 persoalan timbul.."ishh mana budak2 ni..lambatnya"bentak hati budin .yang sedang menunggu sahabat2nya.."lambat betullah..janji pukul 5..ni dah pukul 5.30.....janji melayu betullah.."marah budin...dari jauh kelihatan 4 orang sedang menunggang basikat menuju ke tempat budin.."mampus kita..ni enko punya pasallh ni syed..nak beraklh.apalah.tu nampak budin tu..kang dia sembur kita pasal lewat ni."kata roslan..mereka tahu sangat dah peel budin,,janji selalu ditepati.."dah nak buat mcm mana.tiba2 je sakit perut..mana boleh tahan"kata syed..mereka berempat mempercepatkan kayuhan basikal mereka supaya cepat sampai..."ha.ada pon..ingatkan semua membuta tadi."kata budin..mereka berempat diam tak menjawap....suasana hening semula..budin sedang memerhatikan danau yang memberikan kedamaian..tenang sungguh rasanya..."kenapa ni budin..macam ada masaalah je"kata rosman..."lain mcm je aku tengok enko dari sekolah tadi..banyak diam dari bercakap..biasanya enko yang paling riuh"sambung rosman...budin memandang mereka berempat dengan pandangan yang sugul.."kita semua dah berkawan dari kecik sampai sekarang..banyak benda tang kita dah buat bersama2.dari yang baik..sampai yang tak berapa baik..aku anggap enko orang ni dah mcm adik beradik aku dah."kata budin.."eh lain mcm je kata2 enko ni budin..cuba cerita apa masaalh nya ni..kan kita dah mcm adik beradik"kata rosman....budin menarik nafas panjang2 untuk bersedia menceritakan rancangannya..dan jika rancangan ini ditolak oleh kawan2nya,,budin telah mengambil keputusan,,biarlah dia berseoranggan sahaja.."mcm ni sahabat2 ku..aku mula berfikir.selama ni kita banyak membuang waktu dengan benda2 yang tak berfaedah.kita terlalu lalai.haingga kita mengabaikan harapan dan impian orang tua kita.,"kata budin..ke empat2 sahabatnya hanya memandang satu sama lain..hairan dengan sifat budin yang dilihat.,,mereka kehairanan.."aku ingat aku nak berubah lah..aku nak mula serius memikirkan masa depan..aku taknk hampakan harapan mak aku..dan impian arwah ayah aku..tapi aku taknak buat sorang2..aku nak kata semua buat,,aku nak kita berjaya bersama2.sebab tu aku panggil jumpa petang ni..nak ajak berbincang,itu pun kalau enko orang sudi bersama2 aku..aku tak paksa ..cuma aku nak kalau berjaya..biar kita berjaya bersama2..macam mana..enko orang nak ikut tak..."kata budin..meraka diam..bagaikan memikirkan sesuatu.."tapi boleh ke kita nak berubah ni budin,,sedangkan enko tahukan.kita ni lembab mcm mana.."tanya syed..."enko masih ingat kata2 cikgu razak pagi tadi..jika kita mencuba kita mempunyai 1% peluang untuk berjaya,,tapi jika kita tak mencuba kita langsung tiada peluang..jadi baik kita mengambil peluang walaupun hanya 1 %..daripada kita tak mengambil apa2 peluang..."aku tak kisah..aku pun selalu gak kena bebel dengan mak ayah aku..mereka kata aku ni degilah.lembab lah..pernah jgk terfikir nak membuktikan pada mereka"kata roslan.."tapi mcm mana dengan janji kita nak kekal tinggal di kampung ni...aku sayang nak tinggalkan kampung ni nanti..sambung roslan.."bab janji tu nanti kita fikirkan kemudian..sebab kita perlu sepakat untuk berubah dulu..dan aku dah nekad..jika aku berjaya nanti aku tetap akan duduk di kampung ni..seperti apa yang mak aku katakan..jika nak jadi penoreh getah sekali pun..jadilah penoreh yang berpelajaran..jika nak berkebun pun jadilah pekebun yang berilmu."balas budin...ke empat2 mereka menganggukkn kepala tanda setuju denga kata2 budin..baiklah..kami akan ikut enko..tapi bukan kerana kesiankan enko..tapi kerana kami jgak mahu berubah,,kami jgk mahu berjaya...mana boleh enko sorang2 je masuk univesiti,,sedangkan kami jadi penunggu kampung...nak masuk.biar masuk sama2..kita kasi gegarrrrr itu univesiti..kata razif..dan mereka berlima ketawa bersama...begitulah eratnya perhubungan mereka berlima.."tapi nanti dulu..aku nak kita berjanji,,kalau dah berjaya nanti habis je belajar kat u..kita mesti balik kampung,,dan duduk kat kampung ni sampai mati..itukan janji kita."kata budin.".janji" mereka berlima berjanji bersama2...dan 1 lagi..mulai hari ni kita akan berubah..dan kalau boleh kita jangan bagi orang perasan yang kita dah berubah...biarlah orang nk kata apa pon pada kita..jahat ke..nakal ke..tak senonoh ke..yang penting kita akan buktikan kejayaan kita bila keputusan SPM keluar nanti..kalau boleh masa ni biar semua orang tak tahu,,termasuk semua cikgu yang mengajar kita..mak ayah kita..kawan2 kita yang lain..biarlah kita dapat merah semua sekali pada kad kemajuan kita..biarlah mereka nak kata kita bodo sekali pun..yang penting kita nak berubah,,dan allah akan sentiasa melindungi hamba2nya yang ingainkan perubahan..".janji"...sahut mereka berlima...

1 ulasan:

  1. alhamdulillah.. aku rasa berkobar-kobar gak nk berusaha utk terus berjaya.. nice.. keep on going, ya.. aku nanti kn smbungan nya.. :D

    BalasPadam