http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/03/06/celcom-and-prada-the-perfect-match/

Sabtu, Jun 11, 2011

cinta si budak kampung episod 7



 Hari dah semakin menjejak petang..mentari pun sudah mula membenamkan dirinya...kelihatan mereka berlima  masih lagi didanau itu..sedang menghirup kesegaran udara petang..kedamaian danau itu amat bermakna bagi mereka berlima..dan setiap kali mereka berada didanau itu..perasaan tak nak balik sentiasa bermain didalam fikiran mereka.bagi mereka kedamaian didanau itu amat mengasyikn..udaranya yang nyaman.dengan kicauan burung.dan boleh melihat matahari terbenam.."enkau orang tahu tak.kenapa aku sayang nak tinggalkan kampung ni."tanya  budin kepada kawan2nya.."apa dia" tanya syed.."cuba enko orang rasa ni..angin.cuba enko hirup ni..udara..cuba dengar ni..kicauan burung2 dan unggas2..cuba lihat sana..matahari nak terbenam..semuanya cukup sempurna.tiada 1 pun yang kurang..lama dah kita duduk sini..tiap2 petang kita disini.tapi hari ni benar2 memberikan kedamian yang teramat2..kedamaian itu sampai  menyentuh kedalam hati..aku tak pernah rasa sedamai ini.."kata budin.."yelah ,aku pun tk pernah rasa setenang ini.ketenangaan  ini membuatkan rasa mcm aku nak tido kat sini je.."kata rosman ..."ha elok benorlah tu..enko takyah balik..tido sini..tido ngan nyamuk..silap2 boleh peluk hantu malam karang."balas razif sambil ketawa..diikuti dengan mereka semua ketawa...mata masing2 memandang dan melihat keindahan matahari yang sedang terbenam...sedang mereka  asyik melihat keindahan mentari petang itu ,tiba2 budin bangun dari pondok rehat itu..lantas berjalan ke hadapan mereka dan berdiri di atas busut di tepi danau itu,,,wahai kawan2 ku..enkau orang cuba dengar ini....
   
       MATAHARI..HADIRMU MEMBERIKAN 1 SINAR.
      MENERANGI RUANG KEGELAPAN INI DENGAN CAHAYA MU..
      KAU MENERANG ALAM INI DENGAN WARNA MU.
      SUASANA GELAP MENJADI TERANG KERANA MU.
      MATAHARI..KERANA CAHAYA MU ITU..
      BANYAK BENDA YANG MANUSIA MAMPU LAKUKAN.
      YANG SELAMA INI GELAP MULA KELIHATAN.
      KAU MATAHARI KU..AKU INGIN JADI SEPERTIMU.
      MENERANGI HIDUP INSAN LAIN .
      INGIN AKU MENGEMBIRAKAN HATI INSAN LAIN.
      SEPERTI MANA DIKAU MATAHARIKU
      MENERANGI PELUSUK BUMI INI..
sekian terima kasih...lantas budin pun turun dari busut itu."enko ni budin.sempat lagi layan jiwa.orang tengah menghayati indahnya ciptaan tuhan ni..enko sibuk dengan sajak enko"kata roslan sambil memandang budin,,budin hanya ketawa mendengar rungutan kawannya itu.."lan lan..sesekali kita layan jiwa apa salahnya...tapi best jugak duduk kat atas busut tu sambil layan jiwa..rasa macam atas pentas perhimpunan sekolah..masa kita kena denda dulu".jawap budin sambil ketawa..dan ketawa itu disambut keempat2 sahabatnya.."ya ke budin..ada rasa  mcm  waktu cikgu musa rotan enko tak masa tu"tanya razif sambil ketawa."ada rasa.rasa mcm waktu enko menjerit kena pukul."jawap budin sambil ketawa besar.."yelah yelah..enko orang kianat aku masa tu..enko orang tak cakap pun yang enko orang lapik buku kat punggung."balas razif sambil ketawa.."adeh cikgu..sakit cikgu"kata budin dengan nada ketawa.."oooo enko orang suka kan aku ye..tkpe2'jawap razif juga dengan nada ketawa.."tulah pasal..aku dah cakap jangan2..tp enko degil..nak jgk isi gam kat kerusi budak nora tu..kalau gam yang 20sen tu tak pelah jgk..ni tak;gam cap gajah enko isi..mahunya tak melekat kain budak tu.tak pasal2 je kain dia kena gunting..kata budin dengan diikuti ketawa dari mereka..."Weh..itupun lan yang suruh,tak pasal2 je lima2 kena rotan..mereka ketawa bila mengenangkan kenakan mereka.."Budin;ni aku nak tanya".roslan tiba2 bersuara..suasana tiba2 senyap..mereka berempat memandang satu sama lain.."mcm serius je ni lan,apa dia"jawap budin...suasana hening tiba2..mereka sedang menanti apa yang roslan ingin tanyakan..."macam ni budin.,kalau kita dah berubah nanti,adakah kita akan meninggalkan segala aktiviti2 kita.."tanya roslan...Budin menghela nafas yang panjang,sambil memandang ke danau .."enko orang rasa macam mana..perlu kah kita meneruskan aktivi kita"tanya budin semula pada kawan2nya..kawan2nya hanya termanggu memikirkan saranan roslan tadi..."baiklah..aku tak kisah.nak teruskan aktiviti pon boleh.tak nak teruskan pun boleh,"saran budin..."tapi takknlah kita nak belajar je kot.takut nanti kita jadi boring pulak."kata syed.."betul jgk tu budin"sampuk rosman..nampaknya budin sedang memikirkan sesuatu,dia pun sayang nak tinggalkan aktiviti mereka bersama selama ini..jalan2 setiap ptg,masuk hutan,memikat burung.,mandi sungai. tu baru aktiviti baik,belum termasuk aktiviti jahat lagi.seperti mencuri di kebun orang kampung..menyakat budak2 balik mengaji.mengintai orang mandi..rugi jgk jika ditinggalkan semua ini..disebab kan aktiviti2 inilah mereka digelar budak2 nakal kampung.cuma mereka tak terjebak dalam aktiviti merokok dan hisap dadah je."emmm baiklah.aku rasa kita akan meneruskan aktiviti kita sebelum ini,tapi kita kena bahagikan masa,hari,jangan sampai niat kita untuk merubah dalam pelajaran terbantut..mcm mana setuju"kata budin..."setuuuujuuuuu"keempat2 sahabat budin menyambut saranan budin tu..lagi pun mereka telah merancang supaya perubahan mereka tidak disedari oleh sesiapa pun.jika mereka memberhentikan segala aktiviti takut ianya akan disedari oleh keluarga dan orang sekeliling..."oklah kawan2,hari pun dah nak malam,matahari pun dah nak habis terbenam,jadi kita boleh tamatkan masyuarat kita petang ini..dan masing2 boleh balik kerumah"kata budin sambil tersenyum.."mereka berlima ketawa serentak..."wah budin,enko dah macam ketua jkk kampung dah.macam masyuarat kat balai raya.."syed megenakan budin..lagi sekali mereka ketawa bersama...begitulah lima sahabat ini..ketawa tidak boleh dipisahkan dengan mereka..lalu mereka pun mengambil basikal masing2 dan terus mengayuh pulang...
     Malam...dirumah tok penghulu.kelihatan tok penghulu dan keluarganya sedang menjamu selera..."mia,mcm mana dengan hari pertama kat sekolah,ok ke tak?tanya tok penghulu.."ok je pakcik"jawap mia.."kat kampung ni lain sikit mia,tak mcm KL tu,sekolah semua kemudahan lengkap..kat sini serba serbi kurang"jelas tuk penghulu.."tak pelah pakcik.mia akan cuba menyesuaikan diri dengan secepat mungkin."balas mia..baguslah kalau macam tu.risau jgk pakcik kalau mia tak dapat menyesuaikan diri kat sini.letih jgklah pakcik nak jawap dengan ayah kamu tu nanti,kamu bukan tak tahu  ayah kamu tu,kalau dah mula buka mulut..punyalah payah nak berhenti.macam bertih jagung."kata tok penghulu tentang perangai adik nya itu..mia hanya tersenyum mendengar penjelasan dari pakciknya..dia dah masak dengan perangai ayahnya itu..telinga mia hari2 dah kena membebel.sampai tak larat dah mia mendengarnya..kalah maknya membebel..selesai makan mia dan lia terus kebilik..dalam bilik mereka menyambung bercerita.."mia.mcm mana ok ke kat sekolah,"tanya lia,"aku ok je..macam biasa je aku tengok,taklah jauh mana bezanya antara sekolah kampung dengan bandar"kata mia...."yelah tu,eh tapi kenapa enko masuk kelas 4C..sedangkan keputusan PMR enko kan ok."tanya lia..."aku saja je mintak..bosanlah duduk kelas budak2 pandai ni..semuanya ulat buku..skima je.."jawap mia."enko hati2 masuk kat kelas tu mia,5 orang jebon tu ada dalam kelas tu"kata lia lagi...jebon???sape tu lia"tanya mia..."tu lah,5 sekawan tulah,budin.roslan.syed.rosman dan razif,dia orang berlima ni bukan je jebon kat kampung ni..kat sekolah pun dia orang jebon jugak"jawap lia...mia ketawa kecil"tak baik enko lia..tapi macam budia tu walaupun enko kata dia tu jebon,tapi jebon hensem"balas mia sambil ketawa.."memanglah hensem,tapi kalu dah perangai jebon tu,hilanglah hensemnya."balas lia..mereka berdua pun ketawa..."tadi dia orang kena panggil dengan cikgu razak,panjang jgk aku tengok cikgu razak membebel kat dia orang..kata mia...."elehhhh,aku tahu pasal apa,ni mesti pasal kad kemajuan dia orang semuanya merahkan?tanya lia.."aah..mana enko tahu?tanya mia balik...:aloooooo,aku dah kenal dia orang tu dari kecik..aku dah tahu dah perangai masing2"jelas lia...mia dan lia diam membisu sambil membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu masing2..meraka berdua sebaya umurnya..cuma mia tua bulan saja dari lia...
       Sementara dirumah budin kelihatan budin sedang mundar mandir..kehulu kehilir,macam ada sesuatu yang difikirkan..tak senang duduk budin dibuatnya,berdiri salah,duduk,salah,baring salah,selagi dia tak selesaikannya selagi itulah tak senang dibuatnya...Mak munah hanya memerhatikan gelagat anaknya itu..dia tahu ada sesuatu yang hendak dikatakan oleh budin..tapi dia hanya mendiakan diri..menunggu sehingga budin bersuara..mak munah kenal benar,memang perangai  budin macam tu jika ada sesuatu yang hendak diceritakan padanya,,,,Kelihatan budin terus mundar mandir..lantas dia pun terus masuk ke bilik..dalam bilik budin duduk di bucu katilnya..memikirkan sesuatu.,,"aduh macam mana nk bagi kat mak kad kemajuan ni..semuanya merah ni...mesti dia kecewa nanti..kalau aku tanda tangan sendiri karang kalau mak tahu lagi susah..kecik hati pulak nanti"kata budin dalam hatinya..sambil termenung dia masih memikirkan apa keputusan yang harus dia buat..semenjak dua menjak ni budin selalu berfikir untuk membuat keputusan,,jika dulu dia main redah je..apa yang terlintas di fikiranannya terus je dia buat...tapi sekarang tak lagi..budin lebih suka berfikir dulu sebelum buat..."aku kena bagi jgk kat mak ni..tak kiralah apa yang mak akan kata,aku mesti jujur,aku takkn menipu mak dengan meniru tanda tangan mak."keputusan telah pun budin ambik..lantas dia pun bangun dan mengambil kad kemajuan didalam beg ..lantas terus keluar keruang tamu..lantas terus duduk disebalah maknya yang sedang asyik menonton drama melayu..."mak.kalu budin tunjukkn sesuatu mak marah tak"tanya budin..."ooo sebab tulah enko menda mandir je tadi..ada sesuatu nak tunjukkn pada mak ye..apa dia?gambar kekasih enko ke?jawap mak munah sambil berjenaka..."ishhh mak ni.kesitu plak,orang mcm budin ni mana lah ada orang nak.,,degil.."jawap budin.."ha tahu pun..dah tu tak reti2."balas mak muunah sambil tersenyum..."habis tu apa nya yang enko nak tunjukkn kat mak ni budin?tanya mak munah.."ni"kata budin sambil menghulurkan kad kemajuannya.."la kad kemajuan je..mak ingat borang nak kawin tadi"kata mak munah sambil ketawa..lantas memgambil kad kemajuan yang dihulurkan oleh budin dan membukanya ..mak munah tak terkejut bila melihat kad kemajuan budin  yang dipenuhi pen merah..kerana mak munah dah lali melihat semua itu..mak munah tersenyum kecil.."cikgu enko ni memang takde pen biru ke budin..dari dulu mak tengok asyik pen merah je..ke pen biru dia dah habis dakwat..jadi terpaksa pakai pen merah.."tanya mak munah sambil tersenyum sinis.."ishh mak ni,dah tu je yeng budin mampu mak,mak marah ke":tanya budin,,"mak munah tak menjawap pertanyaan budin itu..dia hanya tersenyum kecil.,"dah mana pennya..mak nak tanda tangan ni"mintak mak munah...budin dengan rasa bersalahnya menghulurkan pen pada maknya..dan melihat maknya menanda tangan kad kemajuannya tanpa berkata apa2.."emmm mak tegok ada jgk kemajuan kamu ni budin..kalau peperiksaan lepas matematik kamu ni dapat 20 markah..tapi kali ni kamu dapat 30 markah..macam tu jgk dengan bahasa english ni..kalu dulu 15 markah.sekarang 29 markah...kamu boleh budin,bukan tak boleh,,cuma kamu tu tak nk usaha,cuba kamu usaha sikit..kata mak munah memberi semangat kepada budin.."yelah mak budin cuba.tapi mak jangan pulak marah,kalau selamanya mak akan melihat pen merah je"jawap budin sambil menyambut kad kemajuan yang dihulurkan oleh maknya,lantas terus bangun menuju kebilik..budin tahu disudut hati maknya itu ada kekecewaan..walaupun tak terpancar diraut wajah nya..tapi budin dapat rasakannya.."mak ,,maafkan budin mak,bukan niat budin nak melukakan hati mak..budin akan cuba untuk membuatkan mak berbangga suatu hari nanti..budin berjanji tak selamanya budin akan mengecewakan mak..isyallah mak.."kata budin dengan suara yang perlahan...dan tanpa disedari air jernih mula berlinang di matanya..dan buat pertama kali budin menitiskan air mata..kerana telah mengecewakan hati maknya.......

Khamis, Jun 02, 2011

cinta si budak kampung EPISOD 6


 Apa yang terjadi hari in betul2 membuatkan hati budin tersentuh,,budin jgk merasa malu dengan apa yang terjadi.sebelum ni dia tak pernah rasa mcm ni.mcm mana dia nak memberikan kad kemajuan ini pada ibunya..apa dia nak jawap bila ibunya tanya nanti..tentu segala harapan dan impian mak dan arwah ayahnya akan berkecai bila tahu result peperiksaan dia..memang teruk..itu budin memang akuinya.dan dia sendiri sudah dapat mengagak akan keputusannya..tapi entah mengapa kali ini dia merasa benar2 bersalah..dan takut untuk memberikan kad kemajuaannya kepada ibunya.Setelah dia memdapat tahu tentang harapan dan impian ibunya dia benar2 rasa serba salah..Rasa bersalah itu benar2 menghantui dirinya..dari sejak mula2 mendapat kad kemajuan yang diserahkan oleh cikgu razak sampailah berakhirnya waktu belajar,budin banyak mendiamkan diri dan banyak berfikir..suatu benda yang amat jarang dibuat oleh budin ialah berfikir..Dia merasa benar2 teruk..dengan keputusan yang dia dapat..walaupun sebelum ini dia tak pernah mempedulikan apa saja keputusan peperiksaan yang dia dapat.selama ini dia buat tak tahu aje dengan semua itu..bagi budin apa pun keputusanya lansung tak memberi sebarang erti.kerana dia sudah tak berminat untuk meneruskan pelajaran..Bagi budin di hanya hendak menghabiskan masa2 disekolah sahaja hingga berakhirnya S.P.M.selepas itu dia akan merdeka..itulah yang bermain di fikiran budin selama ini..cukup setakat tingkatan 5..perkara ke 2 yang membuatkan dirinya rasa malu kerana apa yang dikatakan oleh cikgu razak sewaktu mereka berlima dipanggil ke hadapan kelas untuk mengambil kad kemajuan mereka..masih lagi terngiang2 ditelinganya kata2 cikgu razak."kamu semua jangan menjadikan mereka berlima ini sebagai contoh..lansung tak ada kemajuan..dari awal tahun sampai sekarang..langsung tiada apa yang saya nak banggakan pada mereka berlima ini...saya harap kamu semua dapat menjadikan ianya sebagai satu pedoman..dan untuk kamu berlima.saya tidak bermaksud untuk memalukan kamu...saya hanya hendak kamu berfikir..kerana tiada orang yang berjaya tanpa berfikir..kamu fikirlah sebab apa kamu berada disekolah.kenapa keluarga kamu menyekolahkan kamu..dan apa tanggungjawap kamu sebagai seorang anak dan pelajar." panjang lebar mereka di leteri oleh cikgu razak..."dan ingatlah..ada orang yang menantikan kejayaan kamu di luar sana"sambung cikgu razak..begitulah sifatnya cikgu razak..dalam dia bertegas dengan anak didiknya pasti ada saja kata2 nya yang ditinggalkan untuk difikirkan oleh mereka.   Dan memang benar apa yang dikatakan oleh cikgu razak.kerana kata2 nya tadi benar-benar telah membuatkan hati dan jiwa budin mula bergelora..cuba memberontak sesuatu.ada sesuatu yang cuba dilontarkan oleh hati dan jiwanya..dan rasa itu semakin membuak2.1 rasa yang selama ini telah di tanam sedalam2nya..dan selama ini dia tak mahu rasa itu keluar dan menganggu kegembiraan dia dan kawan2nya..
    Sampai sahaja budin kerumah dia melihat pintu rumahnya masih berkunci.."mungkin mak masih di kebun getah,kesian mak..kerana ingin melihat aku belajar mak sanggup bersusah payah..tapi aku?"keluh budin didalam hatinya..budin terus menyimpan basikalnya,dan mencari kunci rumah yang dibawanya..lantas membuka pintu rumah dan terus menuju kebiliknya..didalam bilik budin terus merebahkan badannya diatas tilamnya..sambil termanggu...Sementara itu kelihatan kelibat makcik munah yang sedang dalam perjalanan pulang kerumah..kelihatan raut wajahnya benar2 keletihan kerana menghabiskan separuh harinya di kebun getah arwah suaminya.
nasib baik arwah suaminya ada meninggalkan tanah yang ditanam getah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit kencing manis..arwah juga ada meninggalkan sebidang tanah kebun..dan di kebun itulah makcik munah menghabiskan waktu2 petangnya..sampai saja makcik munah di tanggan rumah lantas dia pun melabuhkan punggungnya ditangga..sambil melepaskan lelah buat sementara..sambil termenung fikiran makcik munah teringatkan kata2 arwah suaminya.."nah.andai abang dah tiada nanti..nah jagalah elok2 tanah pusaka tu..gunakan lah hasil dari tanah tu nanti untuk membesarkan anak kita budin tu..berikanlah dia kesempurnaan dalam hidupnya..limpahkanlah dirinya dengan kasih sayang..berikanlah dia pelajaran dunia dan akhirat..biarlah dia belajar setinggi mana yang dia mampu..jangan sekali menghalang apa kehendaknya."masih lagi terngiang2 di telinga mak cik munah pesanan arwah suaminya..dan kerana pesanan itulah mak munah cuba membeirikan yang terbaik untuk budin..bagi mak munah budin adalah segala2nya..dia rela melakukan apa saya asalkan ianya mampu membuat budin tersenyum dan ketawa.."emmm apalah nak jadi dengan anak aku sorang ni"keluh mak munah.."mana lak perginya budak ni..senyap je..basikal nya ada."rasah mak munah sambil melangkah masuk kedalam rumah..mak munah mencari2 kemana kelibat budin..biasanya selepas balik dari sekolah dan selepas makan budin akan melepak didepan tv...mak munah melilau2 mencari budin.."mungkin ada dalam bilik ni.sampai didepan pintu bilik budin,langkah mak munah terhenti bila terdengar suara bagaikan sedang bercakap kan sesuatu..'Mak.ayah.maafkan budin,selama ni budin lalai..budin tak tahu betapa besarnya harapan mak terhadap budin,,budin tak tahu yang ayah meninggalkan amanat kepada mak untuk budin..budin terleka selama ini..budin malas belajar..sedangkan mak dan ayah nak tengok budin menjadi orang yang berjaya..mak budin berjanji..lepas ni budin akan cuba untuk berubah,,budin akan cuba menunaikan impian dan harapan mak dan ayah,,budin berjanji,,,tanpa disedari titisan air mata seorang ibu mula menitis 1 per 1..hilang semua penat lelah yang dirasa oleh makcik munah..kata2 dari anaknya itu benar2 menyentuh hati seorang ibu.."alhamdulillah"mak harap kau akan faham apa yang mak buat selama ini adalah kerana mak sayang kan kau budin" kata makcik munah sambil melangkah kedapur..perlahan2 makcik munah menyusun langkahnya supaya budin tak menyedari yang dia dah balik dan mendengar kata2 budin tadi..dengan perlahan dia melangkah kedapur..sambil mengangkat tudung salji.".laaa tak makan lagi ke budak ni.."Budinnn ooo budin..tak makan lagi ke.."jerit mak munah...jeritan itu telah menjedarkan budin dari belenggu perasaannya." belom lagi mak..tunggu mak dulu"balas budin.."hai sejak bila enko makan tunggu mak ni budin..selalunya enko makan dulu."kata mak munah..."saja je hari ni nak tunggu mak..lama dah tak makn dengan mak."balas budin.."yelah yelah.kalu mcm tu tunggu mak mandi dulu..lepas mak solat zohor nanti kita makan."kata mak munah..budin hanya mendiakan diri.."mak mulai hari ni apa yang budin buat.budin akan mendahulu kan mak..budin janji mak."kata budin dalam hatinya sambil mengesat air matanya yang jatuh tanpa disedari..
    selesai je solat mak munah terus kedapur..kerana perutnya juga sudah mula menyanyikan sesuatu..sampai didapur kelihatan budin sedang menanti nya.." laa ngape tak makan lagi..kang masuk angin plok perut tu."kata mak munah mcm tiada apa2 yang berlaku hari ni.."kan orang dah kata..nak tunggu mak.nak makan dengan mak"balas budin.."macam2 lah enko ni budin..biasenya tak pernah pun tunggu mak"kata mak munah..budin diam sambil mengisikan nasi kedalam pinggan mak munah..mak munah hanya memandang saja apa yang dilakukan oleh budin..tersentuh rasanya hati mak munah,,"jemput makan mak"kata budin..mak limah menyuapkan nasi kedalam mulutnya dengan rasa yang amat gembira..tapi kegembiraannya itu tidak ditumjuk di hadapan budin..kerana dia nak tengok perubahan apakah yang akan dibuat oleh anak kesayangannya ini.sedar tak sedar hari ni mak munah bertambah 2 pinggan...
      Petang..di tepi sudut kampung.disebuah danau yang menenangkan..sebuah pondok usang kelihatan budin sedang  berehat disitu..budin bagaikan memikirkan sesuatu..sesuatu yang amat penting dalam dirinya..kerana jika dia melakukan perubahan ini.,,dia taknk orang lain perasan..budin bagaikan sedang merancang sesuatu..didalam fikirannya berbagai2 persoalan timbul.."ishh mana budak2 ni..lambatnya"bentak hati budin .yang sedang menunggu sahabat2nya.."lambat betullah..janji pukul 5..ni dah pukul 5.30.....janji melayu betullah.."marah budin...dari jauh kelihatan 4 orang sedang menunggang basikat menuju ke tempat budin.."mampus kita..ni enko punya pasallh ni syed..nak beraklh.apalah.tu nampak budin tu..kang dia sembur kita pasal lewat ni."kata roslan..mereka tahu sangat dah peel budin,,janji selalu ditepati.."dah nak buat mcm mana.tiba2 je sakit perut..mana boleh tahan"kata syed..mereka berempat mempercepatkan kayuhan basikal mereka supaya cepat sampai..."ha.ada pon..ingatkan semua membuta tadi."kata budin..mereka berempat diam tak menjawap....suasana hening semula..budin sedang memerhatikan danau yang memberikan kedamaian..tenang sungguh rasanya..."kenapa ni budin..macam ada masaalah je"kata rosman..."lain mcm je aku tengok enko dari sekolah tadi..banyak diam dari bercakap..biasanya enko yang paling riuh"sambung rosman...budin memandang mereka berempat dengan pandangan yang sugul.."kita semua dah berkawan dari kecik sampai sekarang..banyak benda tang kita dah buat bersama2.dari yang baik..sampai yang tak berapa baik..aku anggap enko orang ni dah mcm adik beradik aku dah."kata budin.."eh lain mcm je kata2 enko ni budin..cuba cerita apa masaalh nya ni..kan kita dah mcm adik beradik"kata rosman....budin menarik nafas panjang2 untuk bersedia menceritakan rancangannya..dan jika rancangan ini ditolak oleh kawan2nya,,budin telah mengambil keputusan,,biarlah dia berseoranggan sahaja.."mcm ni sahabat2 ku..aku mula berfikir.selama ni kita banyak membuang waktu dengan benda2 yang tak berfaedah.kita terlalu lalai.haingga kita mengabaikan harapan dan impian orang tua kita.,"kata budin..ke empat2 sahabatnya hanya memandang satu sama lain..hairan dengan sifat budin yang dilihat.,,mereka kehairanan.."aku ingat aku nak berubah lah..aku nak mula serius memikirkan masa depan..aku taknk hampakan harapan mak aku..dan impian arwah ayah aku..tapi aku taknak buat sorang2..aku nak kata semua buat,,aku nak kita berjaya bersama2.sebab tu aku panggil jumpa petang ni..nak ajak berbincang,itu pun kalau enko orang sudi bersama2 aku..aku tak paksa ..cuma aku nak kalau berjaya..biar kita berjaya bersama2..macam mana..enko orang nak ikut tak..."kata budin..meraka diam..bagaikan memikirkan sesuatu.."tapi boleh ke kita nak berubah ni budin,,sedangkan enko tahukan.kita ni lembab mcm mana.."tanya syed..."enko masih ingat kata2 cikgu razak pagi tadi..jika kita mencuba kita mempunyai 1% peluang untuk berjaya,,tapi jika kita tak mencuba kita langsung tiada peluang..jadi baik kita mengambil peluang walaupun hanya 1 %..daripada kita tak mengambil apa2 peluang..."aku tak kisah..aku pun selalu gak kena bebel dengan mak ayah aku..mereka kata aku ni degilah.lembab lah..pernah jgk terfikir nak membuktikan pada mereka"kata roslan.."tapi mcm mana dengan janji kita nak kekal tinggal di kampung ni...aku sayang nak tinggalkan kampung ni nanti..sambung roslan.."bab janji tu nanti kita fikirkan kemudian..sebab kita perlu sepakat untuk berubah dulu..dan aku dah nekad..jika aku berjaya nanti aku tetap akan duduk di kampung ni..seperti apa yang mak aku katakan..jika nak jadi penoreh getah sekali pun..jadilah penoreh yang berpelajaran..jika nak berkebun pun jadilah pekebun yang berilmu."balas budin...ke empat2 mereka menganggukkn kepala tanda setuju denga kata2 budin..baiklah..kami akan ikut enko..tapi bukan kerana kesiankan enko..tapi kerana kami jgak mahu berubah,,kami jgk mahu berjaya...mana boleh enko sorang2 je masuk univesiti,,sedangkan kami jadi penunggu kampung...nak masuk.biar masuk sama2..kita kasi gegarrrrr itu univesiti..kata razif..dan mereka berlima ketawa bersama...begitulah eratnya perhubungan mereka berlima.."tapi nanti dulu..aku nak kita berjanji,,kalau dah berjaya nanti habis je belajar kat u..kita mesti balik kampung,,dan duduk kat kampung ni sampai mati..itukan janji kita."kata budin.".janji" mereka berlima berjanji bersama2...dan 1 lagi..mulai hari ni kita akan berubah..dan kalau boleh kita jangan bagi orang perasan yang kita dah berubah...biarlah orang nk kata apa pon pada kita..jahat ke..nakal ke..tak senonoh ke..yang penting kita akan buktikan kejayaan kita bila keputusan SPM keluar nanti..kalau boleh masa ni biar semua orang tak tahu,,termasuk semua cikgu yang mengajar kita..mak ayah kita..kawan2 kita yang lain..biarlah kita dapat merah semua sekali pada kad kemajuan kita..biarlah mereka nak kata kita bodo sekali pun..yang penting kita nak berubah,,dan allah akan sentiasa melindungi hamba2nya yang ingainkan perubahan..".janji"...sahut mereka berlima...

Ahad, Mei 29, 2011

CINTA SI BUDAK KAMPUNG EPISOD 5

Isnin..kini bermulalah kehidupan budin sebagai seorang pelajar..dengan malasnya budin cuba bangun dari tidonya..puas dia cuba tapi perasaan malasnya semakin menebal.."sedar tak sedar dah habis cuti..kenapalah cuti sekejap sangat..kan best kalau dapat duduk rumah je."keluh budin...Budinnn..budinnn..bangun ni dah pukul berapa dah ni..karang lambat pegi sekolah..jerit maknya dari dapur.."ye ye ni nak bangun lah ni.."jawap budin dengan perasaan maha malasnya..Budin bangun dari katilnya sambil mencapai tuala..dengan langkah malas dia menuju ke bilik air.." cuba semangat sikit..nak pergi tuntut ilmu kenalah semangat."kata mak budin bila dia melihat kerenah anak tunggalnya itu.."dah cepat mandi.karang lambat plak..puas kawan2 kamu tunggu nanti.."sambung mak munah..Budin masuk ke bilik air tanpa membalas kata2 mak munah...selasai mandi dia pun bersiap2 dengan baju sekolah yang telah di siap gosok oleh makcik munah selepas subuh tadi...
  " Mak..kalau tak sekolah tak boleh ke?"tanya budin.."bukan tak boleh..boleh..tapi bila besar esok enko nak jadi apa? nk buat kerja kampung? toreh getah? pergi kebun?..kata  mak munah..."kan keje tu biasa budin buat..lagi pun budin kesian tengok mak..pagi pergi menoreh..petang ke kebun.".balas budin.." mak bukannya apa budin..mak tk kisah kalau kau nak duduk kat kampung ni..nak buat kerja kampung..tapi sekurang2nya mak nak tengok anak mak ni ada pelajaran..jadilah seorang budak kampung yang ada pelajaran..kalau nak jadi  penoreh getah pun jadilah penoreh getah yang ada isi..ada pelajaran..kalau nk jadi  pekebun jadilah pekebun yang  berpelajaran..mak langsung tak malu   kalau ada rezeki budin nanti masuk universiti.dan selepas keluar dari universiti budin buat kerja kampung..toreh getah..pergi kebun..malah mak rasa bangga..kerana mak, mampu memberi yang terbaik untuk anak mak..lagi pun itu janji mak pada arwah abah budin..memberikan pelajaran setinggi mana pun..dan cuba jadikan budin sebagai orang yang ada pelajaran."jelas mak munah panjang lebar...terkedu budin bila mendengar harapan dan impian mak nya..dan kini budin tahu betapa tinggi nya harapan dan impian mak munah terhadap dirinya..."mak ..maafkan budin..bukan budin tak nk tunaikan impian mak..tapi budin rasa budin tak mampu."balas budin ..tapi kata2 itu hanya terucap didalam hatinya..tak tergamak rasanya nya dia nak melafazkan kata2 itu pada mak munah..kerana ianya pasti akan menghancurkan dan memusnahkan impian mak kesayangannya.."mak bukan budin tak nak tunaikan harapan mak..tapi...budin dah tkde semangat nak belajar." sambung budin didalam hatinya...Mak..budin pergi dulu ye..kata budin sambil bersalam dengan mak munah.."yelah..jalan elok"jangan buat hal plak kat sekolah nanti."..mak munah menghantar budin ke pintu sambil melihat anak kesayangan nya itu memakai kasut.."nah duit belanja..jimat2 sikit..jangan boros"kata munah...selesai memakai kasut budin mencapai basikal  dibawah rumah..sambil mengayuh..mak..budin jalan dulu ye'' asallamualaikum"kata budin. sambil menggayuh meninggalkan mak munah didepan pintu..."waalaikummusallam"jawap mak munah didalam hati.."ya allah ya tuhan ku..kau berilah kekuatan dan semangat kepada anak ku ini..supaya dia lebih berminat dalam belajar..berikanlah dia sesuatu yang mampu mengubah dirinya supaya menjadi seorang hambamu yang berilmu."doa mak munah..sebenarnya mak munah tahu yang budin sememangnya dah tak berminat untuk belajar..tapi dia terus memaksa budin..supaya budin  terus bersekolah..kerana dia tak mahu anaknya menjadi seperti dirinya..yang langsung tak bersekolah..
    Budin mengayuh basikalnya menuju ke sekolah  yang jaraknya  dalam 3 km dari rumahnya..dari jauh dia dapat melihat kawan2nya sedang menunggu..dan budin tahu..selagi dia tak sampai selagi itulah kawan2 dia takkn masuk ke sekolah..pernah sekali budin terlewat ke sekolah..dan kawan2nya sama2 menunggu di depan pintu pagar sekolah sampai dia sampai..dan akhirnya mereka berlima didenda kerana lewat..begitulah eratnya mereka berlima..budin..razif...rozman..syed dan roslan..5 nama yang cukup terkenal di sekolah menengah sri bakti ini..walaupun mereka baru tingkatan 4..namun kedegilan dan kenakalan meraka mengatasi pelajar2 tingkatan 5..dan ramai cikgu2 yang mengajar mereka mengeluh.dah tak tahu nak buat apa dekat mereka berlima..Dari jauh kelihatan rozman melambai2 tangan kepada budin..meminta dia cepat sampai..kerana masa hanya tinggal 10 minit je lagi sebelum loceng berbunyi..budin mengayuh basikalnya dengan lebih laju..kerana dia taknk kerana dia kawan2 dia akan didenda sekali lagi..cukuplah sekali mereka didenda dijemur ditengah panas dulu..."asallamualaikum..sori lewat sikit."kata budin kepada kawan2nya.."waalaikumusallam..hari pertama pun dah lewat ke bos."jawap rozman..."karang kena jemur lagi kita ni..mahunya hitam di buatnya.."kata syed sambil ketawa.."eleh.enko tu dah memang hitam..harap je hidung mancung..tapi hitam mengalahkan negro."balas razif..nasib baik je nama enko syed..hidung mancung..kalau tak mesti orang ingat enko ni negro..sambung razif...sambil ketawa..dan mereka berlima ketawa sambil menolak basikal ke tempat yang di sediakan..." emm habis dah masa kita bersuka ria..kini masa kita di kurung dalam pagar sekolah bi..boring betul.."kata roslan..yelah bos..aktiviti kita semuanya dah terhad..kata rozman...mereka berlima berjalan menuju ke kelas di tingkat 3..kelas 4 cendiakawan.kelas yang ditinggalkan  selama 3 minggu...kelihatan sudah ramai kawan2 sekelasnya berada ditempat masing2..masing2 sedang bercerita ..Budin dan kawan2nya mengambil tempat mereka di belakang sekali..tempat yang di khaskan untuk mereka kerana kedegilan mereka...sedang mereka2 berborak2..tiba2 terdengar suara ketua kelas meminta mereka bangun...Bangun semua...serentak dengan itu semua mereka bangun berdiri tegak..SELAMAT PAGI CIKGU..mereka ramai2 mengucapkan ucapan selamat pagi kepada cikgu razak..cikgu kelas mereka..selamat pagi semua."balas cikgu razak dengan senyuman yang manis..apa khabar semua..harap kamu semua sihat..sambung cikgu razak..sihat cikgu..balas beberapa orang murid yang duduk di barisan hadapan..."baguslah kalau kamu semua sihat."selepas ni kamu semua boleh belajar dengan rajin dan tekun..."baik lah murid2..di atas meja cikgu ni ada buku laporan kemajuan peperiksaan kamu sebelum cuti tempoh hari..ada yang membanggakan dan ada jgk yang mengecewakan..saya harap kamu semua dapat meningkatkan pelajaran kamu untuk peperiksaan yang akan datang..kerana tahun hadapan kamu semua akan menghadapi peperiksaan yang akan menentukan masa depan kamu..iaitu SPM..tahun ini bukanlah tahun untuk kamu berbulan madu..tapi jadikan tahun ini sebagai tahun permulaan untuk kamu menghadapai cabaran tahun hadapan..kerana untuk berjaya..tidak ada jalan yang singkat..tapi jalan yang singkat untuk kamu gagal memang ada..kamu kena bermula dari sekarang untuk kejayaan hari esok."cikgu razak cuba memberikan semangat kepada murid2nya..walaupun cikgu razak seorang yang tegas..tetapi beliau sentiasa memberikan semangat dengan kata2 yang mendalam kepada semua anak2 muridnya..dia mahu mereka semua berfikir..kerana baginya kejayaan itu boleh di capai dengan hanya berfikir...."baiklah kamu semua boleh datang kehadapan dan mengambil kad kemajuan kamu bila saya memanggil nama kamu sorang demi seorang..cikgu razak mula memanggil sorang demi sorang kehadapan untuk mengambil kad kemajuan masing2..kini tinggal 5 kad saja yang belum di bagi..Budin dan kawan2nya tahu kad2 itu  hak milik mereka..
   Assallamualaikum" tiba2 pintu kelas diketuk.."waalaikumusalam"balas cikgu razak..kelihatan dipintu pengetua sekolah..dan di belakangnya seorang murid perempuan..hati budin tiba2 berdetup kencang bila memandang gadis tersebut.."dia?"buat apa dia disini..untuk apa dia datang ke kelas ni...adakah dia?..bermacam2 benda bermain di fikiran budin bila terpandang wajah gadis tersebut.."pisst..tu bukan budak perempuan yang kat rumah tuk penghulu tempohari ke? tanya syed.."aah lah..patutu pun aku mcm kenal je..macam pernah tengok je"jawap rozman.."fuyooo cantik lah siottt..ni yang berkobar2 nak pergi sekolah ni..."kata roslan..."maaf ye cikgu..ni ada  seorang murid baru..."kata pengetua...segala jawapan yang bermain difikiran budin terjawap sudah.."kenapalah dia masuk dalam kelas ni..mcm takde kelas lain ke'"kata budin didalam hatinya.."terima kasih cikgu" kata cikgu razak kepada pengetua.."awak jemput masuk" jemput cikgu razak kepada pelajar perempuan tersebut...."emmm sila kenalkan diri awak kepada saya dan kawan2 baru awak'.."yes inilah masanya aku nak tahu sapa nama dia..hari tu jumpa tak sempat tanya nama dah kemna halau."kata budin didalam hatinya.....Assalmualaikum semua..Nama saya MIA NABILA BINTI SAAD.dulu saya belajar di sebuah sekolah di kuala lumpur.."mia nabila....cantik nama tu..se cantik orangnya."detik hati budin.."kenapa kamu tukar ke sekolah ini" tanya cikgu razak.."mak ayah saya akan ke luar negara kerana memdapat tawaran bekerja disana..saya tak ikut mereka kerana tahun depan SPM..jadi mereka menghantar saya ke rumah pak long saya dan di tukarkan  sekolah disini.."balas mia nabila.."ada sesiapa yang nak bertaya sesuatu kepada mia." tanya cikgu razak kepada murid2nya..tiba2 roslan mengangkat tangan.."saya nak bertanya soalan cikgu..kata roslan sambil tersengih..silakan roslan.."cik mia ni dah kawin ke belum..dah ada boyfriend ke"tanya budin sambil ketawa..di ikuti semua yang berada dikelas 4C..turut ketawa termasuk cikgu razak..."ihss enko ni lan..ada ke soalan mcm tu yang ditanya.."kata budin..yang turut ketawa mendengar soalan dari sahabatnya itu...ok ok sudah..mia..kamu boleh duduk di tempat kosong tu..saya harap kamu akan selesa disini..kerana sekolah kampung ni berbeza sedikit dengan sekolah bandar..saya harap kamu dapat menyesuaikan diri dengan cepat.."kata cikgu razak...Mia melangkah dan memilih meja yang bersebelahan dengan meja budin.."adoiii kenapalh dia pilih meja ni.kan ada lagi meja kosong kat sana tu''bentak hati budin.."baiklah..kelas..didepan saya ni ada lagi 5 kad kemajuan..kamu semua rasanya tahu ianya milik siapakan..Budin..Razif..Syed...Rozman..dan Roslan.."kamu berlima sila kehadapan..baiklah..ni adalah contoh kepada kamu semua..mereka berlima ini adalah antara pelajar yang mengecewakan saya sebagai guru kelas ini..kerana tidak ada kemajuan didalam peperiksaan meraka..apa nak jadi pada kamu berlima ni..saya pun dah tak tahu nak cakap apa...kalau bercakap kamu semua bukan main lagi..bab pekenakan orang kamu semua memang terer.tapi dalam bab jawap soalan kamu semua gagal..cuba kamu tengok ni..semuanya merah..takde langsung yang biru..apa nak jadi ngan kamu berlima ni pun saya tak tahu..saya harap kamu cepat sedar..dan memperbaiki..kerana tahun depan kamu semua akan menghadapi  peperiksaan yang akan menentukan sama ada kamu akan keluar dari kampung ini atau kamu akan terus duduk dikampung ini..ok..kamu semua  boleh duduk..dan saya harapkan kamu berlima akan berubah..kerana kalau kamu berubah ianya bukan untuk saya..tapi untuk diri kamu jgk...bebel cikgu razak...bebelan yang sentiasa mereka dengar..budin dan kawan2 nya pun menuju ke meja masing2..sewaktu lalu di tepi meja budin memandang ke arah mia..kelihatan mia sedang tersenyum..senyuman itu memang cantik..tapi budin rasa amat malu..kerana baginya seperti mia sedang memperli akan kebodohan dirinya,,,hari ini 1 hari budin banyak mendiamkan diri di kelas..masih lagi terngiang2 kata2 ibunya pagi tadi..dan di ikuti kata2 dari cikgu razak..kedua2 kata2 itu benar2 melekat didalam dirinya..
 

Selasa, Mei 17, 2011

cinta si budak kampung..EPISOD 4

Hari ni budin betul2 rasa happy..hatinya benar2 rasa gembira..dia menyanyi2 kecil setelah selesai mandi..segar rasanya seluruh badannya..selepas siap menyarung pakian dia pun ke dapur untuk sarapan pagi..sambil bersiul2 mengikut irama lagu..kelakuan budin itu diperhatikan oleh makcik munah dengan kehairanan.."emmm lain mcm je budak ni..tk pernah sebelum ni mcm ni."kata makcik munah didalam hati dengan kehairanan."apalah agaknya yang mengembirakan sangat tu" tanya makcik munah.."dari td mak tengok enko ni asyik bersiul je."tanya makcik munah.."lain mcm mak tengok enko hari ni..tk pernah mak tengok anak mak ni se gembira mcm ni" sambung makcik munah.."hehehe tk de apalah mak..rasa happy je hari ni"jawap budin.."ye ke ni..tapi mak tengok lain macam je..macam...."sambung makcik munah..tapi pertanyaan itu terhenti disitu.."mcm apa mak?"tanya budin.."takde pa2 lah..tp pelik."balas makcik munah.."ishh mak ni mcm2lah..tkde apa2nya..budin tetap mcm biasa.masih anak mak mcm semalam."balas budin.."sedap nasi goreng mak pagi ni"kata budin menukar topic pebualan mereka..."ha tengok tu..kan biasa mak masak nasi goreng..sebelom ni tk pernah plak kamu kata sedap"jawap makcih munah yang sedang membasuh pnggan mangkuk.."hari ni rasa lainlh mak..sedap nya lebih."kata budin lagi...."pandai lah enko budin..sama je mak masak mcm hari lain jgk"balas makcik munah.
   Setelah selesai bersarapan pagi..budin duduk diruang tamu sambil memandang keluar.."ishh esok dah nk mula sekolah..makna nya tahun ni aku dah tingkatan 4."keluh hati budin.mcm manalah agaknya esok ..hari ni hari terakhir cuti..maka hari ni kena all out untuk menghabiskan saki baki cuti ni..apa aku nk buat hari ni"desah budin didalam hati.esok dah stat saat2 membosankan  bila terpaksa mengadap buku2 sekolah dan kerja rumah.."keluh budin..kalau tk kerana emak..dah lama aku berhenti sekolah..tapi tk sampai hati plak nk hampakan harapan mak..mak nk aku jadi orang yang pandai..tapi aku..rasa mcm dah tk berminat je nk teruskan belajar,..nk bagitahu mak comfirm mak akan mengamuk..pasti mak akan kecik hati dengan aku"budin berbicara sendirian didalam hatinya sambil termenung.."nk tak nk aku kena habiskan jgk alam persekolahan ini..lepas tu aku bebas untuk membuat apa saja yang aku suka..mak tentu tak boleh nk kata apa2 dah."hari ni aku nk berehat dan melakukan semua aktiviti sebelum masuk sekolah semula"mula2 kana kumpulkan semua geng2 dulu." kata budin..." mak ooo mak..orang nk ,keluar ni" jerit budin dari ruang tamu.." jangan lupa balik makan tengah hari nanti" jerit maknya dr dapur...
     Budin mencapai basikal di bawah rumah..sambil mengayuh sanbil berfikir apa aktiviti  yang hendak dia buat hari ni bagi menghabiskan hari terakhir cuti sekolah ni.."sebelom apa2 kena kumpulkan geng2 dulu..kata budin..sambil mengayuh basikalnya menuju kerumah syed..sampai saja budin kerumah syed dia melihat rumah semuanya kunci.."eh kemana plak peginya syed ni" rumah berkunci je ni...tkde plak dia cakap nak pegi kemana2 semalam." keluh budin...sambil mengayuh basikalnya.."emmm kemalahlh budak syed ni..1 family tkde ni..."desah budin..sambil mengayuh sambil budin membebel tentang kehilangan salah seorang ahli geng nya itu..BUDIN..BUDIN terdengar suara yang sedang menjerit memanggil budin..budin mencari2 mana datangnya arah suara itu.."budinnnnn..budinnnn...meh sini kjap..1 suara memanggil budin...budin melihat kelibat seorang budak perempuan yang sedang melambai2kan tangan kepadanya.." eh tu lia..apa pulak yang dia nak ni"keluh budin..lia adalah anak tok penghulu..sama baya dan sama sekolah dengan budin..bukan aja 1 sekolah..malah 1 kelas dengan budin dan geng2 dia..budin mengayuh basikal menghampiri lia.."kenapa lia"tnya budin..."din..aku nak mintak tolong sikit..leh tak"jawap lia.."tolong apa..klu aku boleh tolong.aku tolong lah..klu tak..tk boleh lah.."jwap budin acuh tak acuh..budin tak berapa minat untuk menolong lia..yang sememangnya budin kenal sangat..lia seorang yang ego dengan kedudukannya sebagai anak tok penghulu kampung ..memang lia seorang yang cantik..manis..tapi semua itu tidak membuatkan budin terpikat dengan lia disebabkan sifat ego yang ada pada lia.."ni aku nak mintk kau tolong angkatkan tungku dapur ni..hantar kat stor..semalam  dia orang tak sempat nk simpan..pagi2 ni ayah dah kebandar..tkde sape nk tolong angkatkan..boleh kan din.."kata lia.."emm oklah..tungku ni je ke.."balas budin..enko taknk  aku angkat engko sekali ke" sambung budin sambil menyakat lia.."amboiii gatai noo''balas lia..budin mengangkat tungku lalu membawa ke stor belakang rumah...tiba2 budin terpandang sesuatu ..hampir terjatuh tungku yang diangkatnya..hampir saja terhempap kaki budin....budin terpaku memandang sebujur tubuh didepannya,,,"" alamak..dia lagi..sudah..apa aku nk buat ni.." kata budin didalam hatinya..."buat apalah dia dok kat tepi pintu stor ni..nasib baik tungku ni tak hempap kaki aku..kalu tak naya jee..comfirm esok tak boleh ke sekolah..emmm..nk tegur ke tak ni...nak tegur ke tak ni..klu tk tegur rugi..tap klau tegur buatnya tak layan karang malu je aku.."bisik budin..".tegur jelah..pedulikan apa"budin membuat keputusan..."hai.."kata budin menegur.."hai"balas anak gadis yang telah membuat kan budin terpaku sebentar tadi.."awak ni sape..ngape dok kat tepi stor ni"tnya budin lagi.."lia td suruh saya bukakan pintu stor ni..katanya nak simpan tungku dapur ni.."balas anak gadis itu.."ya allah..suara dia..benar2 membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya akan lemah lutut."kata budin didalam hati..."anak sapelah ni...
    "ehem2..aku suruh enko ankat tungku je budin..bukannya suruh enko mengorat"tiba2 suara ila kedengaran..terkejut jgk budin bila mendengar suara ila.."mana ada..aku bertanya khabar je"balas budin..malu budin bila di tegur ila..dan gadis itu hanya tersenyum melihat perubahan wajah budin..."oklah dah siap dah ni..aku balik dululah ye"kata budin.."eloklah tu..aku nak buatkan air pun tak boleh..tkde orang kat umah..karang tk pasal2 je aku kena tangkap basah ngan enko..langsung tak berbaloi"jawap ila..budin merasa bengang ngan jawapan ila..bukanya nk ucap terima kasih..lagi di halaunya balik mcm  tu je..bengang hati budin tak terkata..budin mencapai basikalnya lalu berlalu  berlalu dari rumah tok penghulu.dengan hati yang terbakar..malu rasanya bila di halau mcm tu je oleh ila..."siap enko ila..tahulah mcm mana aku nk ajar enko nanti"kata hati budin sambil mengayuh basikal nya menuju ke rumah...."ishhh..tk baik enko wat macam tu kat budin tu ila"kata mia.."ala mia enko tk kenal lagi sape budak budin tu..jahat..nakal gila tu"balas ila.."kot ye pon sekurang2nya ucaplah terima kasih kat dia..ni tk enko halau mcm tu je"kata mia.."eh eh aku tak ucap terima kasih ke tadi mia..lupa lah." jawap ila..hahahhaa..mereka berdua ketawa.....

Ahad, Mei 01, 2011

cinta si budak kampung EPISOD 3

  sewaktu pulang dari rumah tok penghulu budin tidak banyak berbicara,,dibiarkan saja ke empat sahabatnya berbual sesama mereka,,budin hanya mengelamun teringatkn kejernihan dan kecantikan sepasang mata yang telah mengoncang keimanan nya ttadi,,berbagai persoalan bermain di fikirannya..."siapa dia tu..aku tak pernah lihat dia sebelum ni..wajahnya..senyumannya..dan yang paling penting matanya..benar2 telah memukau naluri kejantanan aku,,tk pernah aku rasa mcm ni,,perasaan apakah ini?kenapa aku ayik memikirkannya"kata budin dalam hatinya sambil mengorak langkah bersama sahabat2nya,,
 " weh  enko perasan tak masa kat umah tuk penghulu tadi,,ada awek baru..jambu"kata syed..."tapi aku tak pernah tengok muka dia kat kampung ni..cantik gilaaa"..sabung syed lagi.....aah aku pun perasan,memang cantik gilaa"kata razif,,,"aku rasa mcm jatuh cinta pandang pertama je"sambung razif sambil tersenyum.."ceh siapa nk kat enko..perangai kalahkan jin jibraon.?bakas razman...hahhhahah..mereka berlima ketawa memecahkan kesunyian malam yang amat mendinginkan itu.."budin..apa aktiviti ni..takkn nak balik dah kot..malam masih remaja ni.."tanya lan yang melihat budin dari tadi hanya mendiamkan diri.."entahlah..rasanya lita balik jelah..aku rasa mcm tak sedap badan je"balas budin..mereka berempat memandang sesama sendiri,,saambil mengangkat bahu masing2 kehairanan kerana tidak pernah melihat budin seganjil itu..."emmm kalau bos dah kata balik..nampaknya baliklah kita,,nampaknya malam ni mtido awal..tkde overtimelah kita..hahhahah"kata razif...mereka pun ketawa sama2..begitulah mereka 5 sahabat,,sentiasa ketawa riang.bagaikan tiada masaalh langsung..mereka meneruskan perjalan ke rumah masing2...
   " asallamualaikum...mak..ooo mak..buka pintu ni.."jerit  budin...mak munah berlari anak membuka pintu.".cepat kau balik budin..klu tk selalunya pukul 12 pukul 1 baru enko balik."tanya mak munah kepada anak kesayangan nya itu..""emak ni..klu budin balik lewat tak pulak mak tanya,,ni budin balik awal mak tanya pulak"jwap budin.."dah enko balik awallh mak tanya ..pelik"balas mak munah,,,"badan tak berapa nak sihatlah mak."jawap budin.."mcm mana kenduri rumah tok penghulu..ramai orang ke"tanya mak munah,,"bolehlah mak..cam biasa.orang kampung ni bila kenduri mesti ramai punya"jawap budin.."mak budin masuk bilik dulu ye''sambung budin..."eloklah tu rehat2 badan tu..lusa dah nak buka sekolah..klu tk sihat mcm mana nk pg nanti"kata mak munah..
   Budin merebahkan badannya ke atas katil..ada perasaan yang tak tenteram dijiwanya saat ini..1 perasaan yang tk pernah dia alami..pelik tapi benar..kenapa sampai saat ini aku masih mengingati budak itu lagi..keluh hati budin..siapa dia.?kenapa aku jadi mcm ni?hishhh mengarut sungguh..aku mula menyukai orang yang aku tak kenal..siapalah dia tu..sapa namanya..dari mana datangnya...bermacam2 yang budin fikirkan..memang seumur hidup budin tak pernah merasa apa yang dia rasa saat ini..ini adalah pertama kali hati dan perasaannya diterjah dengan 1 perasaan yang amat berat rasanya,,"perasaan apa sebenarnya ni..kenapa aku alami semua ini"keluh budin lagi...malam semakin larut..hati budin masih dibuai oleh perasaan yang tak kunjung habis..sehinggakan budin tertido dibuai perasaan yang teramat indah baginya,,,,,,,
    pagi tu budin bangun agak lewat dari sebelumnya..tapi hari ni dia rasa semacam..rasa semangat yang lain..budin terus mencapai tualanya..sambil bersiul2 menuju ke perigi.."hai happy je anak mak hari ni"tegur mak munah yang sedang membasuh pinggan.."takde apa lah mak..cam biasa je"jawap budin...sambil menyiram badannya dengar air perigi,,yang amat sejuk sekali..mengigil budin terkena air perigi..segar rasanya badan budin,,,budin menyanyi2 kecil.rasa gembira sangat dia hari ini

Rabu, April 27, 2011

Awk... Dah lama kiter berkawan. tp.. Ada benda sy nak bagi tau awk... Rahsia sy yg sy simpan dlm hati sy... Awk... Andainya awk terbace nurkilan sy... Ia adalh benar... Dari hati sy sendiri... Awk... Tanpa diduga... Kita dipertemukan... Walaupun secara x sengaja... Tp ia tetap bermakna.... Diri ini makin ceria.... Awk... Awk tau x... Awk ... memang garang... tapi hati awak lembut sebenarnya... saya suka dgn cara awak..... garang tapi baik hati.... Awk.. Awk tau tak.... Awk pandai ambil hati sy... Dengan jenaka awk... Dengan caring awak.... Itulah yg membuat sy tertarik... Awk... Setelah lama kita berkawan.. Tiba-tiba hadir satu perasaan... Perasaan yg aneh... Yg x pernah hadir... Dlm seumur hidup sy.... Awk... Dr dulu... Sy nak ckp... Yg sy sygkan awak... Tp lidah sy kelu.... Tidak sy tau kenapa... Awk.. Dari hari ke hari sy memendam rasa... Sy ingin luahkan.. Tp sy x dpt.... Inilah kali pertama sy sayang seseorg... dgn seikhlas hati saya.... Dan awklh org bertuah .... Awk... Dlm apa2 hal... Awklh org yg paling sy ingat... Selain dari kedua ibu bapa sy Awk Walaupun awk jauh... Tp... Hati sy tetap sama... Gemuruh.. Apabile sy t-pon awk.... Tp... sy rahsiakan.... Awk... Sy tau... Sy x reti luahkan kata2... Yg bisa dtg dr hati.... Kerna... Biarlah hati itu bicara dgn sendirinya... Awk... Awk ingt x dahulu... Tika ...awak bercerita ttg diri awak.... saya suka dgr awak ketawa... dan satu lagi masa awak nyanyi... memang best suara awak... bahagianya diri saya ... Awk... Dikala saya bersedih.. awak juga turut bersedih... awak dapat rasakan yg saya rasa.... t,kasih temankan saya..... Awk... Dlm hati sy ini... Sy keseorangan, kesepian... Memerlukan teman... Seperti awk... Dan tidak ada yg sama seperti awk Awk... Sy berjanji.... Sy akn sentiasa berdoa utk awk, keluarga awk.. Agar... sentiasa berada di bwh penguasaan YG MAHA ESA... Dibawah rahmatnya... Dibawah kasih sygnya Awk... Sy harap awk mengerti.... Nurkilan yg sy berikan... Bg diri sy... Awklah yg pertama.... memahami ttg diri saya... tidak seperti insan lain yg penah saya kenal... saya bertuah kenal dgn awak.... Awk... Awk tau x... Sy tetap menanti awk... Menanti dgn penuh sabar.... Awk... Jgn lupa solat... Berbuat baiklah kpd ibu bapa awk... Ingatlah org yg tersyg.... Ingatlah rembulan yg memancarkan cahya lebih dr bintang... Akhir kata.... Awk jagalah diri awk baik2.... Ingat dosa, Ingat pahala... Andainya dahulu pertemuan terakhir.... Sy ingin ckp kat awk... Sy SAYANG awk... Sy RINDU awk... AWKLAH SATU-SATUNYA BERTAHTA DIHATI SY......