Ahad ..mereka berlima berkumpul sekali lagi di danau yang banyak memberikan mereka ketenangan...danau yang menjadi saksi janji2 mereka berlima...janji untuk membuktikan yang mereka bukannya anak yang tak berguna,,janji untuk membuktikan mereka juga boleh berjaya..dan segalanya bermula didanau ini...
"ok..sekarang ni kta mulalan apa yang tak sempat dihabiskan semalam."arah budin kepada kawannya..lepas tu kita sama2 buat kerja rumah yang dibagi oleh cikgu..tapi kita buat pada kertas yang lain..esok mcm biasa kita cakap kerja rumah tak siap..dan macam biasa kita akan kena berdiri atas kerusi,,"kata budin sambil ketawa..diikuti dengan kawan2nya..."best2.tak sabar rasanya nak kena denda..."jawap razif sambil ketawa besar...mereka pun memulakan ulangkaji mereka..dengan rosman mengambil alih..begitu tekunnya mereka..tak pernah dilihat mereka setekun ini..mereka mendengar penerangan dari rosman macam mendengar arahan dari cikgu disiplin..alanhgkah bagusnya jika mereka setekun ini selama ini..sudah pasti mereka berlima boleh dinobatkan pelajar cemerlang oleh pihak sekolah..tapi bagi cikgu2 disekolah tidak ada yang menyimpan harapan pada mereka..bagi mereka budin dan kawannya hanyalah murid2 yang hanya menambahkan lagi keburukan rekod sekolah....hampir semua guru yang mengajar pelajar tingkatan 5 mengatakan mereka berlima akan gagal dalam spm yang akan datang..tapi itu adalah angapan guru2 dan pihak sekolah...tidak bagi mereka..ada sesuatu yang mahu dibuktikan oleh mereka berlima..kerana mereka berlima tahu akan kelebihan mereka..yang selama ini tidak digunakan sepenuhnya...kini mereka berlima tidak lagi memandang kebelakang..bagi mereka kata2 cikgu razak adalah kata2 yang mereka pegang sekarang.."jika kita mencuba sekurang2nya kita mempunyai 1% peluang untuk berjaya..tapi jika kita tidak mencuba peluang untuk kita untuk berjaya langsung takda."itulah kata2 cikgu razak yang membuatkan meraka mengambil peluang yang ada..walaupun hanya 1%...isnin...pagi2 lagi budin telah pun siap...rasa semangat untuk kesekolah semakin berkobar2..bagaikan ada satu perasaan yang baru didalam dirinya sekarang ini..dan perasaan itu dikongsi bersama empat lagi kawanya..dan semalam mereka talah berjanji untuk turun awal hari ni..mereka tak nak lagi sampai lambat ke sekolah..mereka tak tak nanti disijil mereka ditulis kelakuan kurang baik...kerana mereka hendak cemerlang dalam semua sekali..tapi mereka harus berhati2 supaya perubahan mereka tidak dihidu oleh sesiapa...kerana mereka tetap mahu dianggap pelajar nakal disekolah..dan seperti biasa..budin sampai lebih awal dari kawan1nya.dan macam biasa budin akan menunggu mereka..rutin yang dilakukan budin dalam seminggu ini..sedang budin berkhayal sambil menikmati cuaca yang mendinginkan dipagi ini tanpa disedari mia sedang menghampirinya seorang diri..tidak kelihatan lia bersamanya..."assalamualaikum"sapa mia bila dilihat budin seakan tidak perasan akan kehadirannya..budin yang sedang berkhayal terkejut..segala yang ada didalam kotak fikiran budin hilang melayang bila dia menatap wajah ayu mia..."waalaikumusalam"budin menjawap dengan nada gugup..."mia sorang je ke hari ni,lia mana?tanya budin yang agak kehairanan melihat mia hanya bersendirian.."lia demam..demam terkejut."jawap mia dengan nada yang lemah lembut..."demam? terkejut?..kenapa..semalam tengok ok je..siap gelak pegang perut lagi bila tengok saya jatuh longkang semalam..tanya budin...mia masih lagi melemparkan senyumannya pada budin...senyuman yang bisa meruntuhkan keimanan budin..."semalam tu lia memang dah demam,tapi pagi ni bertambah panas badan dia..terkejut dengan ulat gonggot dan katak.."jawap mia sambil memandang budin...bila mendengar jawapan mia timbul rasa serba salah dalam diri budin..dia tahu yang lia demam terkejut kerana perbuatan nya..."hai jauh termenung..kenapa?"tanya mia bila melihat budin termenung...."eh takde apa2lah...kesian kat lia.."jawap budin cuba melindungi perasaan serba salahnya..."Salam semua....ulat bulu dah naik daun keeeee?tiba2 terdengar suara razif memecahkan kesunyian antara budin dan mia....kelihatan kawan2 budin dah sampai..mereka hanya memandang kearah budin ...budin jadi serba salah dengan pandangan kawan2nya itu..."banyaklah enko punya ulat bulu...ni semut api tau"..jawap budin dangan senyuman yang saja dibuat2...untuk cover malu.."dah dah jom..karang lambat pulok lagi" sergah rosman...mereka berenam pun bergerak bersama2 kesekolah....sampai ke kelas masing2 mengambil tempat duduk masing2..kerana sebentar lagi loceng tanda bermulanya kelas akan dibunyikan...
kelihatan dari jauh cikgu matematik kelas mereka dalam perjalanan ke kelas..cikgu matematik mereka memang terkenal kerana ketepatan masanya dan ketegasannya..sudah beberapa kali budin dan kawan2nya pernah dihalau keluar kelas kerana tidak memberikan perhatian..dan entah berapa kali mereka didenda berdiri diatas kerusi kerana tidak menyiapkan kerja rumah..dan pagi ini mereka berlima sudah dapat mengagak apakah hukuman yang bakal mereka hadapi..kerana buku matematik mereka hanya kosong...tapi memang itulah perancangan mereka berlima..sebenarnya mereka telah pun membuat kerja rumah yang diberi..tapi tidak dalam buku yang ditetapkan..mereka membuat kerja rumah di kertas yang berasingan..dan mereka akan memeriksa adakah betul jawapn mereka nanti...semua murid senyap bila cikgu matematik mereka masuk ke kelas..." bangun semua" tiba2 suara ketua kelas kedengaran,dan dengan serentak semua murid2 pun bangun.."selamat pagi cikgu"semua murid mengucapkan selamat pagi,,"selamat pagi semua"jawap cikgu,sambil berjalan menuju ke meje.."minggu lepas saya ada memberikan kamu semua kerja rumah..sila kutip dan hantarkan ke meja saya sekarang"cikgu ramli memberi arahan..serentak dengan itu ketua kelas bangun dan mengutip buku matematik dari meje ke meje..dan apa bila sampai ke meja budin dan kawannya.,budin dan kawan2nya hanya mengeleng2kan kepala.tanda mereka tidak mahu menghantar buku latihan,,setelah selesai mengutip buku latihan ketua kelas meletakkn buku tersebut keatas meja guru.."cukup semua ke?"tanya cikgu ramli..."tak cukup 5 cikgu"ketua kelas memberitahu kepada cikgu ramli..lantas cikgu ramli memandang ke arah budin dan kawannya...Tiba2 kelihatan budin mengangkat tangan..dan berdiri..kawan2nya yang lain kelihatan hairan dengan tindakan budin.."maafkan kami cikgu,kami tak buat kerja rumah.tapi kami nak mintak sesuatu.."kata budin..cikgu ramli terus merenung mereka berlima..perasaan marahnya kelihatan diraut wajahnya.,,"kamu nak apa? nak keluar dari kelas,silakan,selama ni pun kalau nak keluar kamu tak pernah mintak izin dari saya.."kata cikgu ramli..budin hanya tersenyum bila mendengar kata2 cikgu ramli..."sebenarnya kami nak mintak izin dari cikgu.untuk terus berada dikelas ni,dan kami janji yang kami takkn mengacau pelajar2 lain"jelas budin..kawan2nya yang lain tersenyum kerana mereka sudah dapat meneka kenapa budin meminta kebenaran tersebut,,kerana jika mereka dihalau dari kelas bermaksud mereka akan ketingalan mata pelajaran matematik...cikgu ramli masih lagi memandang mereka berlima dengan pandangan yang kehairanan,,"apa muslihat budak2 ni"kata hati cikgu ramli.."baiklah.tapi jika kamu membuat bising dan menganggu pelajar lain sewaktu saya sedang mengajar saya tak teragak2 untuk menghalau kamu dari kelas.kerana saya tak suka mereka2 yang tidak berminat untuk belajar dan menganggu pelajar lain..faham"jawap cikgu ramli dengan nada yang tegas memberikan peringatan kepada budin dan kawan2nya..budin tersenyum bila cikgu ramli memberikan keizinan dia dan kawannya untuk terus berada didalam kelas..budin pun terus duduk dan memandang kawannya..lantas mereka berlima pun tersenyum,berpuas hati kerana mereka tidak akan ketinggalan ..".baiklah murid2.tumpukan perhatian kamu semua,kita akan melihat semula soalan2 yang saya berikan kepada kamu minggu lepas.dan kita juga akan menyelesaikan soalan itu satu per satu.,dan kamu berlima boleh buat apa yang kamu suka..tapi jangan bising..kata cikgu ramli kepada semua dan kepada mereka berlima...cikgu ramli memulakan pelajaran pagi itu..Budin membawa keluar sekeping kertas yang mana di kertas itu lah mereka berlima menjawap setiap soalan2 yang diberikan..dan melihat cikgu ramli menunjukan kepada mereka semua bagaimana soalan2 itu diselesaikan,,budin dan kawan2nya tersenyum bila melihat setiap jawpan yang diberikan oleh cikgu ramli itu sama dengan jawapan mereka,,kelihatan serauh wajah yang kepuasan di wajah2 mereka berlima..kini mereka semakin yakin dengan apa yang lakukan..keyakinan ini memberikan mereka semangat untuk mereka meneruskan apa yang dirancang...
nice.. everything is nice.. suka citer ni.. thanks.. keep on going! :D
BalasPadamfan #1 kamu.. :D